Sunday, March 22, 2015

Langkawi 2015


Tak pernah pergi LIMA Langkawi. Pergi Langkawi pun sekali je. Masa tu lepas habis Matrikulasi kat Changlun. So ayah aku belanja jalan2 pergi Langkawi. Best. 

But lately, macam2 review negatif dengar daripada locals yang pergi Langkawi. Katanya layanan tak sama dengan mat saleh yang datang. Locals datang mcm hambar je. Tp kalau mat salleh...kemain lagi sembah dijunjung - katanya.

But for the trip I went there, everything went just fine. Takde apa yg teruk or bad memories pun. Seronok. Sebenarnya, motif asal kami pergi adalah untuk tengok LIMA. Tetibe last minit, member tunjuk tour mangrove kat Kilim Geoforest Park. Terus tukar iti.

Travel buddy Langkawi adalah Cik Ofismate Classmate Feditlicious (^_^).

Tiket return flight KLIA2-Langkawi = RM194 (mahal sebab musim cuti sekolah and ada event)

Masa beli aku lambat satu saat. So fedit dapat beli dgn harga RM174 return. Demmm..

Putrajaya Sentral to KLIA2 = RM4.30 (guna kad siswa)
Jajan at KK Mart KLIA2 = RM5

Kami menginap kat Sunshine Kuala Teriang Guest House. 
2 malam untuk 2 orang = RM80

Review guesthouse:

1. Tempat ni satu jalan je dengan Dewan Orang Ramai Kuala Teriang, Balai Polis Kuala Teriang, dan klinik desa. Kalau tak jumpa guesthouse ni, bagitau je pakcik teksi tempat2 ni. Dah kira sampai dah sebab walking distance.

2. Kitorang book standard room with attached bathroom dari Agoda. Tetiba bila sampai sana, dia kata Agoda yang silap. Bilik sebenar takde bilik air. Bilik air ada satu je jenis kongsi kat bawah. Fine. Marah gak tapi dah nak buat macamana...

3. To me, guesthouse ni hanya sesuai bagi solo travellers and backpackers. Tak sesuai untuk family guests with small children or senior citizens. Sebab nak naik bilik atas tu, curam giler tangga dia. Aku yg sihat ni pun kena turun tangga slow and steady sbb curam.

4. Bilik atas bila tengah hari hingga petang, panaaass gila. Langkawi masa kami sampai memang panas yg amat2. Memang sauna lah dalam bilik tu lepas balik dari jalan2 petang tu. Tapi malam ok je. Sejuk..

Sampai je airport kami cari pakej tour untuk ke Kilim Geopark.

Kilim Geopark Mangrove Tour = RM70 seorang (4 jam)

Kami ke guesthouse ni naik teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Kecik je airport ni. Kat area Padang Matsirat. Patutnya sampai dalam 7.30pm..tapi flight delay. So sampai 8.15pm lebih. Rate teksi kat sini dah fixed. Kalau nasib baik dapatlah prebet sapu murah. Tapi kami guna khidmat teksi je. Kalau ramai boleh bahagi kos.

Marrybrown = RM11.80
Tambang teksi dari Lapangan Terbang ke Sunshine Kuala Teriang Guesthouse = RM18

Day 2_20 Mac 2015

Breakfast roti canai & milo ais = RM3.40

Pukul 9am ada pakcik amek kami dari guesthouse ke Jeti Tanjung Rhu.

Kacang and air = RM4.50

Pukul 10am tour guide kami nama Saiful bawak masuk dalam bot. Bot yg kami naik jenis sharing, so macam2 oranglah ada sekali. Ada dari Yaman, China, negara orang putih mana ntah, dan kami gadis Malaysia! hiks.

Menyusuri sungai pokok bakau

Dalam gua kelawar

Baju hijau tu tourist guide kami yg penuh experience and knowledge. Saiful namanya..



Kalau korang nak bot private taknak kongsi pun boleh. Yang penting hulurkan sahaja...

Review Mangrove Geopark Tour:

1. Memang best! I approve. Kami bernasib baik kerana pemandu pelancong kami yang bernama Saiful memang berpengalaman dan penuh informasi. Banyak aku belajar dari tour ni.

2. Mula2 dia bawak kami tengok monyet, pastu pergi kawasan eagle feeding, menyusuri sungai bakau, singgah sangkar ikan, masuk gua kelawar, pergi gua Cherita (yang ni pergi jauh sikit masuk area laut), free lunch kat sangkar ikan lain, pastu pulang semula jeti.

3. Kalau korang jenis nature lover and tak mabuk air, sila cuba tour ni. worth your money. If pandai dapat murah, just grab it.

4. Dekat sangkar ikan area Sg.Kilim tu aku dah start lapar. Walaupun ada free lunch pkul 2pm tu, tapi aku tak tahan. So belilah something. Mahal gila wehh..Tapi considering tempat tu susah nak hantar bahan mentah, sebab tu kut harga melambung2..=(

Sotong goreng celop tepung dan kolestrol = RM17
Oren jus perah = RM8 
Kentang goreng = RM8

Dari Jeti Tanjung Rhu dah ada orang tunggu kami untuk dibawa ke Pekan Kuah. Kitorang deal dengan kak Zeti tu suruh bawak kami ke situ sebab nak amek motor sewa. Transport pergi balik memang disediakan dalam pakej ni. Cakap je nak pergi mana dgn kak zeti.

Motor sewa satu hari + deposit = RM45 + RM5

Sewa motor paling murah sebenarnya boleh dapat RM30 kalau pandai nego. Kitorang sewa dari Kuah sebab member dah buat booking awal2. Time tu taktau Kuah jauh ke tak. Tapi sebab dah bayar, belasah jelah. Lagipun Wan yang uruskan deal ni baik orangnya. Kuah ke Kuala Teriang pun dalam 25 minit. Normally if suruh amek dari airport dia akan cas RM20. Tapi untuk kitorang dia tak amek cas pun time nak pulangkan. Just deposit tu amek buat upah minyak.

Singgah beli minyak gamad, bam serai, teh peria, masker lulur = RM36
Petrol = RM6

Malam tu singgah lagi Pekan Kuah. Beli ceklat. Tak beli coklat Langkawi tak sah uolls.

Coklatsss = RM182.40 (Hamek kauu!!) 

Dinner tomyam + nasi + Laici ais = RM10
Air mineral = RM1.20
Eno Halia = RM2

Day 3_21 Mac 2015

Hari terakhir di Langkawi.. Bangun pagi, checkout pkul 9am, breakfast pastu gerak pergi Mahsuri Exhibition Centre. MIEC ni sebelah airport je. Tapi disarankan sewa motor sebab memang jauhlah kalau nak jalan kaki.

Breakfast = RM4
Entrance LIMA = RM10 (mahal gak eh)

Start boleh masuk LIMA pkul 10am. Masuk je, show udara dah mula. Mmg kuat gila bunyi so disarankan pakai earplugs especially if you bring your little tots along. Menarik juga LIMA ni. Ada pertunjukan jet, pameran kapal terbang perang n jet pejuang dari pelbagai negara dan...abang soldier yg sado. Hiks.



Kami stay sejam je tapi itupun rasa dah cukup. Kiranya impian nak rasa LIMA tu terlaksanalah. Anda2 diluar sana yg tak pernah tgk LIMA, cubalah at least sekali seumur hidup. Dua kali setahun je diorang buat.
Pukul 11am tu pulangkan motor. Janji dgn Wan dia datang amek motor kat airport. Pastu terus masuk tunggu flight kul 12.45pm..

Tu je untuk trip Langkawi kami....Babaiii! Pasni nak ke mana pulak eh..

~~ . ~~  ~~
Shh don't tell anyone 🤫 I'm using BigPay and it's amazing!

When you travel, you only pay the actual exchange rate (same or better than XE). Plus, you save money on AirAsia flights and earn BIG Points.

Sign up now - it's free. Use my referral code and we'll both get RM10 when you sign up!

My referral code:
TBBDLJXIYR

Friday, February 20, 2015

Hatyai-Phuket-PhiPhi-Krabi

Kali ni entry kos untuk percutian ke Thailand dari 14 hingga 19 Feb 2015. Ikutkan hati nak je sampai 21 Feb tapi nak buat macamana...AA pandai kasi murah nak bagi penuh flight pagi 19 hb tuuu..

Ok, so kali ni pergi 6 orang anak dara pingitan. Salah seorang dari kami hampir bertemu jodoh, apakan daya, beliau menolaknya. Hahaaa..

Flight Kul-Hatyai termasuk luggage pergi 25kg + makan
Flight Krabi-Kul termasuk luggage 20kg+25kg

= rm221.50 seorang

Tambang boleh je dapat murah, tapi aku jenis xnak amek risiko kalau terlebih baggage..nanti xnak beli luggage punya pasal, kena bayar excess fees plak. Lagi satu style kitorng, wajib makan Nasi Lemak Pak Nasser tu. Heee.. Kalau tak amek luggage and makan boleh je dapat bawah 200.

Lagipun, kami ni lebih kepada flashpacker daripada backpacker tegar. =D

Masa kami pergi rate 100 baht = RM11.20

Sedih sungguh. Padahal sebelum tu pernah usha2 tak pernah lepas 11 rengget. Agak malang kitorang dapat rate mcm tu..

Day 1 14022015

Tiba di airport Hatyai, amek van atau teksi. Rate paling standard utk ke town adalah 100Baht seorang. Mintak turun depan hotel. Hotel kami book dari Agoda namanya Laemthong Hotel. Amat dekat dgn Hatyai Station. Terus je dari stesen. Hotel ni ok je. Tapi bising gila malam2 dgn mat rempit and hon kete. Pastu roommate aku allergic debu so dia mcm gatal2 sket. Tapi aku ok je. So ikut koranglah. Dapat tuala n sabun. Kipas kecik gila tp sejuk. Mandi takde air panas. Overall aku bagi 2 bintang.

Airport transport = 100B seorang
Laemthong Hotel = bilik katil double standard x 3 = rm149.25/6 (bayar thru Agoda)
So seorang dalam rm25 satu malam.

Sampai je check-in, tukar duit (rate rm100 = 900baht), pastu cari tuktuk nak ke Klonghae floating market. Disarankan amek tuktuk return. Diorang akan tunggu nanti sampai korang habes menepukan perut masing-masing. Perjalanan dalam 10-15 minit. Kat sini ada surau tapi kami x pergi tengok sbb dah siap2 solat lepas check-in. 

Tuktuk sehala = 30baht
Tuktuk dua hala = 50baht

Tapi sbb kitorng tak yakin dgn dia, amek tuktuk sehala. So baliknya terpaksa amek yg mahal sbb yg murah xde. 

Tuktuk balik = 200baht/6

Kos kat floating market:

toilet = 5baht
air kelapa dalam buluh = 20baht x 2
jagung rebus = 25baht
penkek telur = 10baht
keychain kayu comel boleh tulis nama = 100baht/4 = 25baht seorang
sedekah = xxxx baht


Sesi kecelaruan menu..


Air kelapa yg menyegarkan..nikmat sungguh


Yang sedekah tu cerita klako sikit. Aku sebenarnya nak bagi xxxbaht, tp konfius punya pasal nilai matawang diorang hari pertama, terbagi xxxxbaht. Takpe, saya redha. Moga digunakan sebaiknya wang itu. =)

Lepas pergi floating market, kami turun ke Lee Gardens Plaza. Kat sini nak masuk shopping centre tu kena body scan tuu..rentetan kes kena bom dulu kut.

4 x keychain kayu comel (lagi) = 100b
dreamcatcher = 100baht
udang besar (dapnyeee) x 4 = 100baht
pulut mangga = 50baht
milo = 13baht
makan tak sedap. (kedai apa lupa) = 80baht

Kawasan Lee Plaza tu mmg banyak tempat shopping. Kalau jalan lebih sikit, ada Pink Lady Market, Kimyoung market, night hawker road, etc. Korang gunalah peta nanti. Jalan2 area situ jumpa Mee Mee Tour untuk bincang transport esoknya sebab plan esok nak ke Phuket. Tapi sbb kitorng tak book hotel bermalam, kitorng cadang nak bermalam dalam van. So lepas bermesyuarat, kitorng book 1 day tour + transport to Phuket.

Total 1 day tour Hatyai + Phuket journey = 7300baht/6

Disini anda mungkin dapat lihat kami membayar nak dekat rm125 seorang which is actually wayy over the budget kerana standard hatyai ke phuket dalam rm30. Tapi harus ingat kami bergerak waktu malam dalam van 10 seater naik 6 orang. So kira lebih kuranglah untuk nilai bermalam, day tour, and perjalanan malam. Agen tu pun cakap kalau nak murah geraklah pagi. Kalau kami gigih sikit mungkin boleh dapat lagi murah.


Day 2 15022015

So, esoknya checkout pukul 10am. Masih ingat 1 day tour yg kami book semalam? Ini termasuklah untuk ke Hatyai Ice dome, Songkhla Central Mosque, Magic eye Museum, pasar plus uptown kat Greenway market. Teruja gila naik van ala2 group kpop. Memang berbaloi jugaklah. Tapi yg x bestnya diorang tukar van yg nak ke Phuket. Hampeh tul. dahla drebar day tour tu comel. Nom namanya...Dia amek kat Hotel and bawak ke tempat2 yg telah disepakati bersana, So kitorng memang tinggalkan beg sepanjang day tour tu dalam van. 

First stop ice dome. Hatyai Ice Dome sangat sejuk okeh? Bayaran masuk siap dengan baju dan glove. Sesiapa yg pakai selipar boleh rent boot berbulu diorang for 100baht. Sejuk dia sejuuuk sesangat. Aku siap bawak glove extra pun x cukup. Pastu muka jadi beku sbb sejuk gila. Disarankan pakai moisturizer ke lotion ke...ke itu sebenarnya yg buatkan muka aku jadi beku? ntahlaah. hahaa.

ice dome fees = 300baht
gambar plus frame = 199baht

pastu lunch kat food centre kat luar ice dome. sodap owh tomyam dia..fuuh. nyamnyam. makan nasi, tomyam, telur, somtam, minum.

lunch = 720baht/6

Lepas tu singgah Songkhla central mosque untuk solat zuhur/asar. Besar masjid ni. Rasa macam kat terengganu je suasana kat sini.



Lepas masjid, pergi Magic Eye Museum. habiskan masa bergambar kat sini. Power bank adalah satu keperluan sepanjang kat sini. memang bateri asyik loow je sbb amek gambar banyak sangat. kitorng siap ada syarat baru - snap satu gambar je. satuuu je. make sure cantik tapi SATU je! heheh

entrance Magic Eye = 400baht

Pukul 4pm depan museum tu ada pasar. Kitorang habis bergambar dlm museum dlm pkul 7pm. So lepastu kitorng habiskan masa kat sini sampai tunggu pukul 10pm untuk ke Phuket. Ada surau so maghrib/isyak terus. Kemudian kami makan, makan, dan makan. Warung halal banyak jangan risau. tapi make sure perhatikan betul2 peniaga and ada tanda halal ke tak. Shopping baju, beg, selipar sini pun banyak. Ala2 uptown kat Malaysia.

Nasi kuning = 45baht 
pulut mangga = 50baht
milo ais = 20baht
baju dalam = 50baht
baju panjang = 100baht

Pasar malam Greenway. Betul2 depan museum trick eye.

Toilet kat Greenway. Hampir semua toilet kat Thailand macam ni. Memang payah sket nak cangkung. Nak duduk plak xleh. Kuman nanti..

Ilusi Magic Eye Museum




Tips:
1. Pakai baju dan seluar tahan sejuk b4 masuk ice dome. jacket dia bagi tak cukup. aku pakai leggings dalam seluar trek aku. Pastu kat night market bukak balik. 
2. Pakai mask berbulu/tebal dalam ice dome. Sejuklaaah! Glove extra pun kasi bawak sbb dia bagi glove tukang kebun je.
3. Bawak bateri extra and power bank kalau korang jenis amek gambar banyak.


Day 3 16022015

Kitorang bajet sampai Phuket dalam kul 5pagi+..Tapi drebar kitorang bawak mcm pelesit, sampai sana dalam pukul 4am. So panik sikitlah..aku pun mintak doa biar drebar 'sesat' sikit. Dengan izin Allah, drebar kami sesat banyak kut....klako tak? Sampai kena upah local hantar ke Eden Hostel. Mula2 org tu mintak upah 300baht. Ngamuk cik adilah. Yelah..dia yang sesat, kita yg kena bayar upah pakcik local tu. So in the end, we settled for upah 100 baht. jadilahh...

Sampai Eden Hostel kul 6am lebih. Dah siang dah..so tak cuak sangat. Nasib baik dapat check-in awal sket. Hostel ni not bad. Tenang aman sentosa. Bilik air asing kat bawah. Time kami datang tak ramai orang so bestlah.. Lepas check-in, tido jap sampai pkul 9 lebih, mandi, terus keluar cari sewa skuter. kitorng pun preng preng area phuket pergi fresh market, lunch kat jalan talang semua. 

Eden Hostel bilik dorm 3 katil double decker (book Agoda) = rm16.50 seorang/ 150baht

Upah sesat + 7 Eleven = 52,50 baht seorang
Sewa skuter = 250baht satu skuter
isi minyak = 100baht (isi 80 cukup je)
beli setem utk hantar poskad = 15baht
lunch = 73baht
air = 15 baht

petang tu cari pakej ke Phiphi-Krabi untuk esoknya. Dapatlah 750baht seorang daripada asal 900baht seorang. kalau korang pandai tawar lagi, boleh je dapat 700baht seorang. 

Pastu preng preng pergi Rang Hills. Kononnya nak tengok sunset, tapi sebab mendung tak nampak. So pulanglah kami memeruskan perjalanan pergi Expo market. Time ni takyah critelah..sesat berapa banyak kali. Tapi akhirnya tiba juga. Parking kat Expo pastu jalan2 sampai jumpa Robinson. Rate tukar duit kat sini rm100 = 870baht. 

fishball = 40baht
pancake + teh tarik = 210baht/6
sosej = 20baht


Teh tarik kat kedai Aroon, Jalan Talang


Nak balik tu pun sesat lagi. Tanya locals, preng preng, ternampak tempat chantek, singgah amek gambo jap. Rupanya dah dekat je dgn hotel kami.

Eden Hostel. Not badlah..


Day 4 17022015

Debaran di pagi hari bila skuter aku takleh nak start. Takut kena bayar memacam. Last2 si owner datang sekali preng je dia dapat startkan. Haiiih..cuak mak nak!. Maka berlepaslah kami ke Ratsada Pier. seploh menet je drive. Mmg Eden Hostel tu dekat je dgn pier. Berbaloi.

Phuket to Phiphi to jeti Krabi = 750 baht seorang
pukul 10.30am sampai Phiphi Island. Lepak sini 3 jam. Ada masjid kat sini.

Ticket Phuket-Phi phi-Krabi

Kecantikan ciptaan Ilahi

Dah sampaii Phiphi!!

Lunch kat sini. Makan nasi goreng



phiphi island cleaning fee = 20 baht
nasi goreng sayur = 90baht
gatorade = 40baht
hony lemon 25 baht
flag patch sulam = 30 baht satu

3.30pm gerak ke Krabi. Pukul 5.30pm+ dah sampai Krabi! Hoyeeaaahh..
Sampai jeti, amek van ke Aonang Backpackers Hostel.

Bagi aku Aonang BP ni x best sangat bg female muslim travelers mcm kitorng sbb asalnya ktorng book satu bilik 6 orang. Tempat tu pun ada dorm co-ed. Maybe sebab check-in lambat sikit, owner tu pergi masukkan 3 org mat saleh dulu. Ada ke patutt..so berpecahlah kitorang. dahla xde sabun or tuala. Kat Eden yg murah separuh harga pun bagi. Yang aku plak, risau kiblat menghadap org depan (x masuk lagi masa tu) mintak tukar katil. Rupanya yg book tu org Malaysia. Heheh.

Lepas checkin, solat, keluar jalan2.

satu malam kat Aonang Backpacker = 300baht 
van dari jeti Krabi ke Aonang Backpackers = 400baht/6
Malam tu makan kat restoran Rohanee = 1470baht/6
coconut shake = 50baht
gatorade + coke = 60baht
tshirt krabi = 150baht
pouch x 4 + cermin =290baht


Ce teka ni apa..
comel kan money exchange dia? rate rm100=870baht

Masjid kat Aonang, Krabi



Tips: 
1. Masa kitorng sampai kat PhiPhi Island, memang panas terik gila. So pakailah sunblock bebanyak. Tempek coolfever kat dahi ke..Dan minum air kosong banyak2.
2. Kalau tak larat bawa beg kat PhiPhi Island, boleh simpan kat memana tempat agent tour untuk 50baht. 
3. Rate tukar duit kat Krabi, rm100 ada yg dapat 870baht, ada yg 885baht kalau jalan depan sikit.
4. Makanan halal memang banyak kat kawasan ni. Jangan risau nanti lapar ke apa..sedap sedap semua..

Day 5 18022015

Esoknya checkout Aonang BP, pergi hotel kedua. Pastu amek pakej abang Ameen. Siapa abng amin? Nantikan kisahnya di blog bilakakiberjalan. hahaha...
Kitorng plan nak pergi emerald pool, hot water fall, tiger cave semua dgn nilai 1800 utk 6 pax. Patutnya nilai 1800 tu utk pergi beberapa tempat. Tapi sebab kekangan masa dapt pergi emerald pool je. so kami rugi besar disitu. Malas nak argue disini.

Pastu lepas emerald pool yg mengambil masa 2jam return drive, terus pergi island hopping. Amek dua pulau je sbb x larat dan masa. Pergi Pado Island yg ada batu femes tgh laut tu..dgn chicken island. Kat Chicken Island kitorng snorkelling sikit tengok ikan nemo.

Van ke emerald pool sahaja (patutnya beberapa tmpat) = 1800baht/6 (agak mahal utk satu tmpat je)
Island hopping = 2000baht/6
muay thai shorts = 200baht
magnet = 100baht

Emerald pool. Gosh...wish I had one of these pools in my backyard!

Blue pool. No swimming


Malam tu, kengkawan aku pergi berurut. tapi aku tak larat, so terus balik hostel dan tido. Oh ye..hostel kedua kami kat krabi namanya i-Krabi hostel. Owner muslim, ada free breakfast. Sebab baru bukak, memang tempat tu ohsem lahh.. Ada aircond. 5-7 minit ke warung deretan kedai halal dan pantai. Walaupun mahal sikit tapi berbaloilah..

i-Krabi hostel bilik katil bertingkat x 3 = rm47 seorang satu malam.


Lobi hostel. Pemilik Muslim

Tersorok sikit kat belakang. Kanan kiri ada hotel jgak..


Malam tu maghrib/Isyak, qada' zuhur & asar, pastu keluar cari makan.

Sotong bakar = 100baht
pancake pisang +telur + nutella = 50baht (sedap gile)
nasi goreng ketam = 50baht


Day 6 19022015

Pagi2 bangun kul 5am. Bertolak ke airport kul 6am. Sampai kul 7am sebab singgah beli nasi and kuih sikit. Drop luggage, breakfast nasi, duduk dalam kapal terbang. Pheeeiww terbang. Sampai pukul 10.30 waktu malaysia. 

Tambang hotel to airport = 600baht/6

Total kos adventure kami kali ni dalam rm1280+/- all in. Kalau tak shopping sangat, bawah daripada tu dapat..so far aku puas hati je. Mana yg lebih kurang tu biasalah...

Bye bye Thailand. Next destination?? Nantikan.. =)

Wednesday, February 11, 2015

There are only two races on this planet-the intelligent and the stupid.


Geram pula baca post pasal Penang rep yg bash Jais pasal ceramah suruh tutup aurat bagi mengelakkan potensi dirogol. Violation of human rights katanya. Mengarut, irresposible, misinformed, lacked gender sensitivity lagi. Heyyy...memanglah kes rogol bukan salah mangsa. Memanglah cara pemakaian bukan the only reason it happens. Ada banyak faktor yang menyumbang kepada kes2 jenayah rogol. Salah satunya adalah kerana manusia setan yang tak reti kawal nafsu bila nampak perempuan berpakaian skimpy dan seksi. 

Perkara ini tak boleh nak dinafikan. Kalau tak, kenapa kerajaan China boleh keluarkan arahan supaya wanita tidak digalakkan berpakaian seksi dalam pengangkutan awam bagi mengelakkan sexual assault? Why? Sebab memang takleh dinafikan. Cara pemakaian sememangnya menyumbang kepada kes rogol yang meningkat.

"Habis tu, kenapa ada kes perempuan bertudung dan tutup aurat pun kena rogol?"

Well, tu jenis jantan setan keparat yang ada fetish kat benda2 macam tu plak. Point is, Penang rep tu tak perlulah nak aim ceramah Jais tu. Pantang betul orang yg suka pertikai hukum hakam Islam in the name of human rights. No one is telling us to wear the burkha or anything. They can't force us as well. Yang penting kena tutup aurat mengikut syariat. 


“Man in early times was almost naked, and as his intellect evolved he started wearing clothes. What I am today and what I’m wearing represents the highest level of thought and civilization that man has achieved, and is not regressive. It’s the removal of clothes again that is a regression back to the ancient times.”
Tawakkul Karman



Monday, February 9, 2015

core seed & chia skincare & tonymoly cake eyebrow

Sperti biasa tiap bulan bajet akan dengan tak sengajanya digunakan untuk sesuatu pembelian yg bukan2. Kali ni pembelian bukan2 adalah 

i. Core seed purifying essence
ii. Chia seed water 100
iii. TonyMoly Easy touch cake eyebrow

Produk i & ii aku beli kat the Faceshop. Asal niat sebenarnya nak beli pencuci muka berunsur susu. Baru jumpa satu kat Skinfood. Kat Tonymoly plak ada pencuci susu keldai. Kat Faceshop xde untuk muka tp sabun susu badan je. Haiih..memang betulla. Kalau jurujual tu bagus, mmg mudah je cair trbeli. Katakanlah kalau salesgirl tu sombong buat x layan, mmg tak beli lah aku.. Maka, tahniah adik salesgirl Faceshop kat ioi Putrajaya kerana berjaya meyakinkan akak untuk beli produk ini. Akak tak taulah sejauh mana keberkesanannya, tp akak harap apa yg adik cakap tadi pasal buat muka kering boleh moisture semula ada kebenarannya. Nasib baik ada promosi. Beli essence percuma moisturizer. Harga rm123.90.. Cake eyebrow pulak rm46.90..

So balik tadi, lepas cuci muka pakai produk lain, aku pun test guna yg essence tu. I assume this is something like a serum. Sebelum ni aku pernah beli serum Yves Rocher vegetal 3. Aku beli satu set tau. Total sampai rm250 kau.. Sebulan dua pakai tu mmg ok. Lembap2 gitu. Tapi lama2 kering jgak. So macam stop terus pastu. Lagipun, sebab setiap kali pakai, mesti muka rasa berhaba. Kalau macam tu maknanya ok ke tak ye? Tak habis pun guna. Aku rasa..yves rocher tulah yg buat naik jerawat kecik2 yg wujud sampai sekarang. Hilang sudah pipi bersih aku yg dulu. Sejak dari itu jugaklah macam2 produk anti-kering aku cuba n guna tapi kering jugak muka ni. 

Anyway...back to that essence, lepas apply aku dab sana dab sini sket. Dulu pkai serum yves rocher rasa panas pakai. Tak tau apa yg buat kulit berhaba mcm tu. Pakai esen ni pun ada sikit berhaba tp x seteruk y.r.. Lepas rasa mcm ok siket, pakai plak chia seed water tu. Benda ni moisturizer so ok je masa apply. Sekarang aku biar je utk tido. Mmg rasa lembap muka ala2 pelakon korea jugaklah. We'll see the results later. 


Update 5 April 2015

Ni aku tak tipu..kawan ofis aku yang cakap..

"Awak pakai apa? Muka nampak bersih je.."

"Eh kulit awak nampak eloklah..macam lembab2 gitu"

and ada lagi compliment yg lain. Malu lah nak senaraikan..hahah. Tapi aku sendiri dapat tengok ada hasil. Memang muka rasa lembap macam Suzy Miss A lah. Jerawat pun kurang. Tapi tu klau pkailah. Sebab bila mood malas, kulit kembali seperti biasa..tak dewy dewy pun.

Yang cake eyebrow pun best. Kening aku tak tebal mana. So produk TonyMoly ni mmg buat eyebrow nampak full. Ni pun salah satu beauty tip Koreans. Bagi diorang, the fuller your eyebrows, the younger you look. This contrasts with the Westerns whom feel that women need to cukur their kening to look prettier.

=)

Saturday, January 31, 2015

Lucky me.

I went through hell on earth yesterday (do note that this is a hyperbole under my circumstances). First time kena mcm tu. Drama swasta habis. In terms of application of theory, I am not in the wrong. I applied what was suggested to me. But since you do not want it, ok. I will change. 

Now my eyes are all puffy and I can't see well. I have a headache but I'm still going to daki. Tengok..kan dah sesat. Patut masuk simpang second, pergi masuk simpang first ke putrajaya. Pastu guna waze tak belok in 200m. Pastu patut masuk exit roundabout lagi satu pergi masuk bangunan gomen. Pastu pergi letak gear N tapi tak brake. Masa alihkan kon kereta undur. 

Sekarang tengah duduk dalam tren nak pergi BTS type blog mengenang nasib.

Friday, January 30, 2015

Musse Platinum Tokyo

Dah lama aku cari pusat kechantekan yang boleh tolong buang bulu armpit I.. Tapi of course, haruslah kena buat research yang extensive. I'm sure for most of you guys who are familiar with pusat-pusat kechantekan, perkara utama yang anda biasa akan lalui dan mendapati amat menjengkelkan ialah apabila staff disitu mula paksa anda membeli produk2 mereka. As in, paksa korang to the point it angers you and sets you in a baaaaaad mood for a week. Tapi di Musse Platinum, I gotta say, memang berbaloi lah.

I'm not gonna go into the fine details. That you gotta experience for yourself. Tapi apa yang dapat saya katakan disini ialah, jika anda mahu mencari tempat yang baik untuk membuang bulus diketiak atau tempat2 lain, memang oklah kat sini.

1. Diorang tak akan paksa korang beli produk. Diorang hanya menawarkan servis. No hard selling involved. Ni penting kut. Sebab sebelum ni, aku pernah je pergi trial slimming. Kawan aku pernah beli pakej slimming kat L***** W**** M******. Dan memaang...annoying as hell coz diorang akan paksa beli kopi tu, losyen ni, krim tu, pakej ni. Rimas wehhh. Terus blahh. Tu belum kira lagi kurang ajar diorang. Nak jual produk punya pasal pergi kutuk2 bentuk fizikal customer. Pe punya business daa. Tapi kawan aku dah bayar terpaksalah teruskan. Last2 dia menyampah pastu saman tribunal pengguna. Tapi dapat claim baki rawatan yang tak habis jelah.

2. Staff Musse Platinum polite as heaven. Maybe due to this being a Japan company, diorang telah dilatih dengan etika-etika Jepun. Ucapan selamat datang, terima kasih, soft spoken, senyuman manis...daebak. Tak kisahlah kalau diorang berpura-pura ke tak, yang penting customer rasa dihargai.

3. Semasa rawatan, penjelasan akan diberikan step by step. "Saya akan tutup mata cik dengan towel and gogel". "Saya akan lap underarm cik". "Saya akan sapu cooling gel"....dan seterusnya. Sakit tak? Tak pun. Tak rasa apa2. Tapi masa sapu cooling gel tu memang sejuk giler. Sebab laser tu panas katanya. Betul gak. After dia buat tu, rasa macam hangat ketiak. Hahah. 

4. Aku beli pakej underarm. Rawatan dibuat setiap 2 bulan. Unlimited. Meaning here selagimana tak hilang bulus itu, boleh teruskan buat rawatan. Pastu bila birthday ada offer lagi. Kalau ajak kawan pun boleh ada ofer. Aku buat kat ioi Citymall Putrajaya.

5. Final verdict: worth your money and time. Servis wallap. Takde sakit2 hati. Harga? Masa tu aku dapat promotion price katanya. So adalah Ringget Malaysia 88. Sebab unlimited aku rasa ok laah.  Kalau nak tahu lagi, masuk je tanya. Diorang akan bagi consultation pun nanti. If nak buat pada hari yang sama tak boleh sebab ada beberapa syarat kena patuhi dahulu (cukur dulu, no deodarant, etc..) Cubalah.

Wednesday, January 21, 2015

Comfort Zone


You know how there are those ppl out there who keep on harping about "everyone needs to get out of your comfort zone and face the challenges? Don't get too comfortable with what you have? Don't get too complacent with where you are?"

Yeah well...what if I don't want to? You know...the exact reason why people work so hard is to actually get out of their discomfort zones and into le comfort zone??

Oklah. Fine. Memanglah kita kena sentiasa majukan diri dan mara ke hadapan untuk menjadi yang chemerlang terbilang gemilang but still...if I feel comfortable and complacent with what I'm doing, with where I am, why the bl@@#% h#** do I need to get out of there?

Abaikan royan ini. Sebenarnya mmg nak majukan diri pun. Tapi frust kena denied. Huhh..