Sperti biasa tiap bulan bajet akan dengan tak sengajanya digunakan untuk sesuatu pembelian yg bukan2. Kali ni pembelian bukan2 adalah
i. Core seed purifying essence
ii. Chia seed water 100
iii. TonyMoly Easy touch cake eyebrow
Produk i & ii aku beli kat the Faceshop. Asal niat sebenarnya nak beli pencuci muka berunsur susu. Baru jumpa satu kat Skinfood. Kat Tonymoly plak ada pencuci susu keldai. Kat Faceshop xde untuk muka tp sabun susu badan je. Haiih..memang betulla. Kalau jurujual tu bagus, mmg mudah je cair trbeli. Katakanlah kalau salesgirl tu sombong buat x layan, mmg tak beli lah aku.. Maka, tahniah adik salesgirl Faceshop kat ioi Putrajaya kerana berjaya meyakinkan akak untuk beli produk ini. Akak tak taulah sejauh mana keberkesanannya, tp akak harap apa yg adik cakap tadi pasal buat muka kering boleh moisture semula ada kebenarannya. Nasib baik ada promosi. Beli essence percuma moisturizer. Harga rm123.90.. Cake eyebrow pulak rm46.90..
So balik tadi, lepas cuci muka pakai produk lain, aku pun test guna yg essence tu. I assume this is something like a serum. Sebelum ni aku pernah beli serum Yves Rocher vegetal 3. Aku beli satu set tau. Total sampai rm250 kau.. Sebulan dua pakai tu mmg ok. Lembap2 gitu. Tapi lama2 kering jgak. So macam stop terus pastu. Lagipun, sebab setiap kali pakai, mesti muka rasa berhaba. Kalau macam tu maknanya ok ke tak ye? Tak habis pun guna. Aku rasa..yves rocher tulah yg buat naik jerawat kecik2 yg wujud sampai sekarang. Hilang sudah pipi bersih aku yg dulu. Sejak dari itu jugaklah macam2 produk anti-kering aku cuba n guna tapi kering jugak muka ni.
Anyway...back to that essence, lepas apply aku dab sana dab sini sket. Dulu pkai serum yves rocher rasa panas pakai. Tak tau apa yg buat kulit berhaba mcm tu. Pakai esen ni pun ada sikit berhaba tp x seteruk y.r.. Lepas rasa mcm ok siket, pakai plak chia seed water tu. Benda ni moisturizer so ok je masa apply. Sekarang aku biar je utk tido. Mmg rasa lembap muka ala2 pelakon korea jugaklah. We'll see the results later.
Update 5 April 2015
Ni aku tak tipu..kawan ofis aku yang cakap..
"Awak pakai apa? Muka nampak bersih je.."
"Eh kulit awak nampak eloklah..macam lembab2 gitu"
and ada lagi compliment yg lain. Malu lah nak senaraikan..hahah. Tapi aku sendiri dapat tengok ada hasil. Memang muka rasa lembap macam Suzy Miss A lah. Jerawat pun kurang. Tapi tu klau pkailah. Sebab bila mood malas, kulit kembali seperti biasa..tak dewy dewy pun.
Yang cake eyebrow pun best. Kening aku tak tebal mana. So produk TonyMoly ni mmg buat eyebrow nampak full. Ni pun salah satu beauty tip Koreans. Bagi diorang, the fuller your eyebrows, the younger you look. This contrasts with the Westerns whom feel that women need to cukur their kening to look prettier.
=)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.