Tuesday, September 18, 2018

Riverside Majestic Astana Wing

Hotel ni satu nama dengan Riverside Majestic Hotel Kuching, tapi yang Astana Wing kena check in reception counter lain. Kira hotel lain lah ni.. kalau tersalah masuk lobi Riverside, kena keluar jalan sikit ke sebelah. Dalam 2 minit.







Yang OK:

Bilik katil king nampak view sungai, rm250 satu malam. Ada sofa.
Ada basic necessities (sabun, syampu, lotion), takde berus gigi
Bathrobe, iron, arah kiblat kat siling, sejadah, showercap dia siap bagi getah pengikat rambut (ni kagum), ada penimbang berat badan, air minuman, sanitary bag.
View tingkap nampak sungai cantik. Atas tu gambar dari aras 7.

Tak OK:

No laundry bag.
No shower gel. Just sabun buku.
Toilet jenis bidet. No hose.
Shower susah adjust temperature. Pusing kanan kiri pun jadi panas.
Contraption nak tukar shower ke shower besar - failed. Susah gila..tak macam Klagan, just tekan punat.

Neutral:

Lantai kayu (parket?), bukan karpet.
Shower ada glass door.

Tuesday, January 23, 2018

Hydra C Treatment Review

This is not a post to downgrade or cause any emotional or financial damages to anyone. This is what happened. This is what I'll write.

Alkisah.. aku pergi Midvalley Megamall pd 8 Julai 2017. Ada Beauty Fair. Jalan-jalan ada sekumpulan gadis-gadis promoter offer free facial treatment. Time tu syaratnya kena tunggu Birthday month dan kena bagi account social media korang. Birthday aku bulan Januari. Maka tunggulah selama 5 bulan simpan Birthday Gift Voucher FREE One (1) Hydra C Treatment dalam purse. 



5 months later...

I called the above Skin Clinic. Masa ni, hari Sabtu. Diorng kata full so diorng akan call balik. Ok. Tunggu2 tak call pun. So aku pun pergi redah je.. sebab mmg nak keluar jalan2 pun haritu. 

Sampai sana, receptionist kata Hydra C Treatment dah takde. So propose tukar Oxygen Peel. Aku setuju. Sebab mmg datang tanpa perasaan pun. Because I had NO high expectations regarding this free treatment.

Several days later.. receptionist call. This is where it gets interesting. She said I have to pay rm30 for registration fees in order to claim this Free facial treatment. Unless if I proceed with their rm200+ treatment, the rm30 shall be waived. 

Senang cerita.. this so-called free hydra c treatment ni sebenarnya tak free pun. I canceled the appointment coz I felt lied to. I kept that dumb voucher for 5 months for nothing. Of course, there's no such thing as a free whatever. I know that. And this situation only strengthens that statement.

Sure. They even put a *T&C Apply* at the corner of the card. Which I think is a complete joke. Coz they said the voucher only applies on week-days. Fine. No week-ends. Then they said no more Hydra C Treatment. Fine. Replace it with Oxygen Peel. BUT the moment you talk about payment, you're only asking to be sweared at. Don't you know that Malaysians don't like to be lied to?

Just.. cakap jelah depan2 if kena bayar. No need to auta kata registration fees or something. Time aku dtg clinic utk buat appointment pun diorng tak inform tentang 'fees' ni. Pfft.. marketing sangatt. Agak predictable though. Actually, if all went well, I would've considered buying a facial mask or something. 

Its NOT free if you have to pay.. even if you say it's for registration fees or what not.

So.. that's it. My Hydra C treatment review. 

Thursday, December 7, 2017

To Ganu Kita..


27 Jun 2017

Flight from KLIA 2 to K.Terengganu

28 Jun 2017

Gerak ke Kg.Gong Beris at 10am
Naik uber. Setengah jam lebih jugak tunggu. Total rm28.59. Kalau teksi rm60. Kalau GrabCar rm72.

Wtfff.. Normal rate rm30-rm40 jee sebenarnya.

Stayed for wedding till 3pm.
Minta Pok Weil pick up kat rumah pengantin.
Kereta toyota. Best. Sejukk.

Cari kopok leko. Total rm63 (kopok rebus 2x rm10, rm5, kopok goreng rm5, sata 10 biji rm4 - deymm murah, 2 botol sos rm4.50 satu, kopok kering 3 for rm20)

Drop off kat Paya Bunga Central (UTC K.Terengganu). Sampai lebih kurang pukul 4.30pm.
Taxi fare: Asking price rm40..  However, I gave him rm60 for excellent ride. Lagipun, aku dapat jimat bnyak dah utk transport.

Terminal bas betul2 sebelah UTC ni.
Rm51.55 sushi king dinner.

10.00pm
Bas to Putrajaya.
Rm42.30 (diskaun 10%) Bas Jasa Pelangi ke Putrajaya. Beli online.

Tiba jam 6.10am.
Selesa bas ni. Seat besar, ada soket plug 3 pin tepi seat.

Sunday, November 12, 2017

West Inn Motel, Taiping

Taxi rant:

Taiping takde Uber. So main letak harga starting rm12. Dafa&#?!! Jarak tak sampai 8 minit dia letak rm14. Dahlah taktau jalan. Pastu aku tlg tunjuk pakai Maps.. You have the nerve to say "u tunjuk jalan, i ikutlah..." dayum gile. Semoga kereta anda selalu rosak kena repair. Tak reda betul bayar harga tu dgn jarak tu.

West Inn Motel review:

Ada towel, sabun buku, air mineral, cerek elektrik, tv.
Bilik double room sangat luas. Puas hatilah bayar rm80 satu malam.

Motel terletak bersebalahan BhP Petrol. Betul2 tepi jalan so segala mcm bunyi kerete, lori, ambulans lalu dengar. Bingit jugaklah.
Dari tingkap nampak Tesco Taiping.
Aircond ok. Cuma diorng kena check bateri remote tv dgn aircond..mcm krik krik.
Air panas shower mcm tak wujud.

Deposit rm50.

Sunday, October 15, 2017

Copthorne Hotel Cameron Highlands

Alkisah dapat jemputan meeting kat Cameron Highlands. So ni kira 2nd time datang sini. First time as urusan rasmi.

Sebab kena gerak hari ahad, takde driver jabatan boleh hantar, so book teksi. Rate dipersetujui dari rumah ke TBS rm95. Dah sampai tbs, driver charge tol plak. Yelah, masa jeling meter tu cuma rm78 je. Tetibe nak caj tol lagi. Pendek cerita.. lepas buat complaint, rupanya memang tak patut kena caj tol tu. Admin teksi pun dah remove org tu.

Sampai TBS dalam 8.30am. Bas ke C.Highlands pukul 10.15am for rm35. Bas datang on time. Sampai C.H dalam 2pm+/-... lepas lunch pergilah kaunter teksi..

Alkisah kedua, semua driver tanak bawak naik Brinchang. Jem teruk katanya.. like wtfish... teruk sangat ke. So aku pun lepak stabaks sampai pukul 4pm.. pergi tempat teksi lagi. STILL takde orang nak bawak. Aku mcm wtfishh... last2 ada sorang tu sanggup. Tapi caj rm50.. aku pun ok je. Yg penting sampai.

Rupanya jam yg diorang kata teruk sangat tu cuma kat area Kea Farm. Bergerak je.. bukan static terus. Cuma yelah.. lambat sikit. Perjalanan 20 minit jadi 55 minit. Cuaca pun ok. So walaupun teksi orang tu takde aircond, nyaman je. Baru jem noob mcm ni diorang dah separuh mental. Agak kelakar. Kalau diorang duduk K.L terus full blown mental agaknya..

Anyway, Copthorne mmg dekat dengan Kea Farm. Teh, stroberi, sayur, madu... tinggal beli beli beli je.

Copthorne Hotel:

Best
Wifi lajuu. Wallap.
Selimut wangi dan fluffy.
Aircond ok.
Bilik 514 depan bilik iron. Tapi seram bilik iron ni sebab sebelah lif bomba. Kang tgh gosok tetibe...

Tak Best
Toilet pakai bidet
Tilam agak keras




Wednesday, September 20, 2017

Sunday, September 17, 2017

Langkawi Seaview Hotel

LANGKAWI SEAVIEW HOTEL

Terletak di Kuah.
Rm30 Teksi Airport.
Rm24 Grabcar.
Rm18-25 kalau Uber.

Receptionist kurang mesra. Perlu pergi training sebulan minimum.
Bellboy amat mesra dan helpful.

Dalam 1km ke Haji Ismail Group (rumah kedai).
13 minit jalan kaki.
2 minit naik kereta.
So boleh pergi jalan kaki, balik naik Uber (barang banyak..hehee).

Bilik 404 jenis Twin room. Bilik sambung dgn bilik sebelah.

Best:
Towel
Sewing kit
Minibar
Iron
Iron board
Sejadah
Kiblat
Air minuman
Kopi
Cerek
Sabun dan syampu
Hairdryer

Tak best:
Wifi like.... asdfghjkl!!
Aircond ikut dia nak rasa mcm kat Hawai atau Kutub Utara.
Cawan dan gelas kotor.
Quilt nipis tak fluffy. Nipis sungguh. Maybe factor lama sangat.
Towel ada kesan kotoran.
Bidet kuat sangat air pancut.

Overall:
Selesa lah jugak dan sesuai kalau nak bawak family dan orang tua.
Sangat dekat dgn Convenience stores mcm 7E, Choi, kedai makan yg buka malam.
Ada restoran nama Desa jual set Nasi Bujang dgn air sirap Rm3.20 je. Senang hati...