Monday, September 11, 2017

Matta Fair 2017. Road to Turkey 2018

10 September 2017

Pergi ke Matta Fair kali ni... memang aim nak pergi somewhere dgn Travel Tour. Plan asal nak tanya2 je tentang Pyeongchang. Pastu tercari-cari juga tour ke Morocco. Mahal plak. 6 jam kemudian, tetiba tersangkut kat Tour Turkey. In the end aku buat keputusan, nak try buat pertama kalinya guna agent. Sebab:

  • Takde kawan. Kalau travel solo, normally akan mahal sket dari segi transport, hotel, dan sebagainya. Lagipun, kawan2 yg berminat pun tak confirm semua so takpelah.
  • Kemudian kalau solo kena research gila2. Sekarang tak macam dulu. Masa yang ada sangat kurang berbanding muda2 dulu. Lagi2 pergi sendiri. Penat kut research sorang2. At least ada kawan boleh gak bahagi2kan.
  • Ada pros and cons lah pergi solo dan group ni. Lagipun nak merasa jugak travel cik Kiah macamana.


Sampai je Matta Fair PWTC 2017, kami digembala ke Hall 3. Tahun ni traffic flow diorang memang lebih baik berbanding tahun2 sebelum. Masuk je pengunjung akan masuk Domestic Travel Booths. Memang bagus diorang buat cenggini. Kalau tak, org dok aim international travel sampai domestic booth jadi krik krikk. 

Escalator semua dia buat one way, so once in, memang kena terus ikut flow.. tak boleh patah balik unless kecemasan. International booths diorang buat kat Hall 1 dan 2. 

Masuk je memang banyaak sangat orang promote tour masing2. Tu yang jadi pening dan penat. Tapi rata2 yang datang memang dah ada aim nak ke mana. So boleh terus narrow down the scope. Macam aku, mmg cari Morocco, Korea, Turkey.

Long story short, terjumpalah satu travel tour ni.. Harga diorang offer nampak dari jauh sehingga boleh buat orang berhenti untuk bertanya adalah RM3488 seorang. Tapi ni bukan harga sebenar2 tau. Lol.

Kali pertama lalu, tanya basic, dia pun jawab basic. Haaahaa.. macam nilah bisnes kan, dia takkan reveal semua. Tak kisah. Memang dah almaklum. Lepas dah habis pusing satu Matta Fair 5 jam kemudian, aku pergi balik kat booth ni. Kali ni ada lelaki pakai blazer yg approach. Gaya bos2. Sebab try cari akak yg first tu tak jumpa plak.

Okaayyy.. so duduklah dan mulalah perbincangan yang maha berat ni. 

Aku tak nak cerita detail perbincangan tu sebab ada jugak naik2 suara dan sesi defensive dua pihak. But i suppose that's the nature of their business. Tapi yang tak best bila sorang cakap lain, lagi sorang cakap lain. Tapi taknak plak ngaku bila dah salah cakap.  Siap 'ngumpat' aku depan2. Ingat tak faham ke ko cakap arab. Pfft..

Sebab tu aku nak details2 jelas pada saat dan waktu tu jugak. Taknaklah nanti dah sampai.. "sorry kak ni tak cover, kena tambah lagi rm200-300".

Lebih baik korang bagi clear terus apa yang kena bayar, apa yang kena tambah. Tak perlu nak hidden charges sangat. In the end, total damage yang bakal dibuat:

RM3488 - Matta Fair price All in return flight, accomodation, meals, transport, tour guide.

TAK TERMASUK:
RM200 (US$40) - Tipping fees
US$100 - Hot air balloon. If cancelled, jeep tour. Harga biasa Hot Air Balloon: US$200. 
100 Lira - Ski Equipment at Erciyes

(Deposit RM100 on the spot. Payment Hot Air Balloon pun on the spot.)

Untuk Hot Air Balloon, kena bayar USD100 sebenarnya. Tapi aku bayar ikut rate semasa. Time tu 4.2 tapi aku bayar RM430. Alasan dia, dia akan bayar guna USD kat sana. Sbb diorang kata ringgit fluctuate lah apa.. pastu harusla aku ada sentimen tak puas hati.. jawapan diorang:

"kalau macam tu akak tukar kat money changer USD100. kat luar tu je money changer kak..."

"kalau tak puas hati akak tukarlah duit USD dulu..tukarlah tukarlahhhh"

ok. aku hiperbola sikit ayat kedua tu. but seriously guys. korang takkan tak nampak betapa sesaknya orang kat Matta Fair tu??

Ko expect aku nak keluar dari kawasan yang sesak dan jalan sehala dalam matta fair tu semata2 nak tukar duit ke USD, pastu masuk balik bayar korang? Aku tau korang sedang berbisnes, tapi biarlah rasional dan profesional.

katakanlah aku betul2 keluar masa tu, memang jangan harap aku masuk balik.

anyway, meihat ketegangan yang berlaku antara aku dan anak muda tu, yang berusia tu mencelah:

"takpe, buat masa ni bayar dulu rm430. kalau next time akak dah tukar usd100, boleh datang ofis kami bayar guna dolar, dan kami akan pulangkan wang rm430".

Haaaa.... macam tulah! Ada penyelesaian. Win-win situation. Ada ke patut 'halau' aku keluar semata-mata nak tukar currency.

(Anyway, dua minggu kemudian kena bayar additional RM500)

So guys.. ni yang kena bayar so far. Pastu dah nak2 habis tu, ada lagi soalan cepumas. Budak muda tu tanya aku pergi berdua ke sorang. Aku cakap sorang.

Pastu dia cakap...

"Kalau akak pergi sorang kena tambah lagi RM500."

Dayum.

Kancil sungguh budak ni. Part ni aku malas cerita panjang. In the end, kitorng capai kata putus - supaya dia yang akan carikan aku org utk masuk bilik twin tu.

Worst case scenario, aku yang kena tambah lagi RM500 kalau takde partner bilik. Walaupun alasan diorang mcm wtfff..tapi aku terimalah.

Macam ni rupanya guna tour agent. Macam2 hal jugak. Nak merasa punya pasal. Tapi kritikan membina aku kat mana2 travel agent, dalam pada korang nak berbisnes, biarlah ada rasionalnya. Bukan tak boleh bawa berbincang kan? Ada je penyelesaiannya.

Hopefully, all goes well for both sides.

Wish me luck.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.