Ok, so kali ni pergi 6 orang anak dara pingitan. Salah seorang dari kami hampir bertemu jodoh, apakan daya, beliau menolaknya. Hahaaa..
Flight Kul-Hatyai termasuk luggage pergi 25kg + makan
Flight Krabi-Kul termasuk luggage 20kg+25kg
= rm221.50 seorang
Tambang boleh je dapat murah, tapi aku jenis xnak amek risiko kalau terlebih baggage..nanti xnak beli luggage punya pasal, kena bayar excess fees plak. Lagi satu style kitorng, wajib makan Nasi Lemak Pak Nasser tu. Heee.. Kalau tak amek luggage and makan boleh je dapat bawah 200.
Lagipun, kami ni lebih kepada flashpacker daripada backpacker tegar. =D
Masa kami pergi rate 100 baht = RM11.20
Sedih sungguh. Padahal sebelum tu pernah usha2 tak pernah lepas 11 rengget. Agak malang kitorang dapat rate mcm tu..
Day 1 14022015
Tiba di airport Hatyai, amek van atau teksi. Rate paling standard utk ke town adalah 100Baht seorang. Mintak turun depan hotel. Hotel kami book dari Agoda namanya Laemthong Hotel. Amat dekat dgn Hatyai Station. Terus je dari stesen. Hotel ni ok je. Tapi bising gila malam2 dgn mat rempit and hon kete. Pastu roommate aku allergic debu so dia mcm gatal2 sket. Tapi aku ok je. So ikut koranglah. Dapat tuala n sabun. Kipas kecik gila tp sejuk. Mandi takde air panas. Overall aku bagi 2 bintang.
Airport transport = 100B seorang
Laemthong Hotel = bilik katil double standard x 3 = rm149.25/6 (bayar thru Agoda)
So seorang dalam rm25 satu malam.
Sampai je check-in, tukar duit (rate rm100 = 900baht), pastu cari tuktuk nak ke Klonghae floating market. Disarankan amek tuktuk return. Diorang akan tunggu nanti sampai korang habes menepukan perut masing-masing. Perjalanan dalam 10-15 minit. Kat sini ada surau tapi kami x pergi tengok sbb dah siap2 solat lepas check-in.
Tuktuk sehala = 30baht
Tuktuk dua hala = 50baht
Tapi sbb kitorng tak yakin dgn dia, amek tuktuk sehala. So baliknya terpaksa amek yg mahal sbb yg murah xde.
Tuktuk balik = 200baht/6
Kos kat floating market:
toilet = 5baht
air kelapa dalam buluh = 20baht x 2
jagung rebus = 25baht
penkek telur = 10baht
keychain kayu comel boleh tulis nama = 100baht/4 = 25baht seorang
sedekah = xxxx baht
Yang sedekah tu cerita klako sikit. Aku sebenarnya nak bagi xxxbaht, tp konfius punya pasal nilai matawang diorang hari pertama, terbagi xxxxbaht. Takpe, saya redha. Moga digunakan sebaiknya wang itu. =)
Lepas pergi floating market, kami turun ke Lee Gardens Plaza. Kat sini nak masuk shopping centre tu kena body scan tuu..rentetan kes kena bom dulu kut.
4 x keychain kayu comel (lagi) = 100b
dreamcatcher = 100baht
udang besar (dapnyeee) x 4 = 100baht
pulut mangga = 50baht
milo = 13baht
makan tak sedap. (kedai apa lupa) = 80baht
Kawasan Lee Plaza tu mmg banyak tempat shopping. Kalau jalan lebih sikit, ada Pink Lady Market, Kimyoung market, night hawker road, etc. Korang gunalah peta nanti. Jalan2 area situ jumpa Mee Mee Tour untuk bincang transport esoknya sebab plan esok nak ke Phuket. Tapi sbb kitorng tak book hotel bermalam, kitorng cadang nak bermalam dalam van. So lepas bermesyuarat, kitorng book 1 day tour + transport to Phuket.
Total 1 day tour Hatyai + Phuket journey = 7300baht/6
Disini anda mungkin dapat lihat kami membayar nak dekat rm125 seorang which is actually wayy over the budget kerana standard hatyai ke phuket dalam rm30. Tapi harus ingat kami bergerak waktu malam dalam van 10 seater naik 6 orang. So kira lebih kuranglah untuk nilai bermalam, day tour, and perjalanan malam. Agen tu pun cakap kalau nak murah geraklah pagi. Kalau kami gigih sikit mungkin boleh dapat lagi murah.
Disini anda mungkin dapat lihat kami membayar nak dekat rm125 seorang which is actually wayy over the budget kerana standard hatyai ke phuket dalam rm30. Tapi harus ingat kami bergerak waktu malam dalam van 10 seater naik 6 orang. So kira lebih kuranglah untuk nilai bermalam, day tour, and perjalanan malam. Agen tu pun cakap kalau nak murah geraklah pagi. Kalau kami gigih sikit mungkin boleh dapat lagi murah.
Day 2 15022015
So, esoknya checkout pukul 10am. Masih ingat 1 day tour yg kami book semalam? Ini termasuklah untuk ke Hatyai Ice dome, Songkhla Central Mosque, Magic eye Museum, pasar plus uptown kat Greenway market. Teruja gila naik van ala2 group kpop. Memang berbaloi jugaklah. Tapi yg x bestnya diorang tukar van yg nak ke Phuket. Hampeh tul. dahla drebar day tour tu comel. Nom namanya...Dia amek kat Hotel and bawak ke tempat2 yg telah disepakati bersana, So kitorng memang tinggalkan beg sepanjang day tour tu dalam van.
First stop ice dome. Hatyai Ice Dome sangat sejuk okeh? Bayaran masuk siap dengan baju dan glove. Sesiapa yg pakai selipar boleh rent boot berbulu diorang for 100baht. Sejuk dia sejuuuk sesangat. Aku siap bawak glove extra pun x cukup. Pastu muka jadi beku sbb sejuk gila. Disarankan pakai moisturizer ke lotion ke...ke itu sebenarnya yg buatkan muka aku jadi beku? ntahlaah. hahaa.
ice dome fees = 300baht
gambar plus frame = 199baht
pastu lunch kat food centre kat luar ice dome. sodap owh tomyam dia..fuuh. nyamnyam. makan nasi, tomyam, telur, somtam, minum.
lunch = 720baht/6
Lepas tu singgah Songkhla central mosque untuk solat zuhur/asar. Besar masjid ni. Rasa macam kat terengganu je suasana kat sini.
Lepas masjid, pergi Magic Eye Museum. habiskan masa bergambar kat sini. Power bank adalah satu keperluan sepanjang kat sini. memang bateri asyik loow je sbb amek gambar banyak sangat. kitorng siap ada syarat baru - snap satu gambar je. satuuu je. make sure cantik tapi SATU je! heheh
entrance Magic Eye = 400baht
Pukul 4pm depan museum tu ada pasar. Kitorang habis bergambar dlm museum dlm pkul 7pm. So lepastu kitorng habiskan masa kat sini sampai tunggu pukul 10pm untuk ke Phuket. Ada surau so maghrib/isyak terus. Kemudian kami makan, makan, dan makan. Warung halal banyak jangan risau. tapi make sure perhatikan betul2 peniaga and ada tanda halal ke tak. Shopping baju, beg, selipar sini pun banyak. Ala2 uptown kat Malaysia.
Nasi kuning = 45baht
pulut mangga = 50baht
milo ais = 20baht
baju dalam = 50baht
baju panjang = 100baht
Pasar malam Greenway. Betul2 depan museum trick eye. |
Toilet kat Greenway. Hampir semua toilet kat Thailand macam ni. Memang payah sket nak cangkung. Nak duduk plak xleh. Kuman nanti.. |
Ilusi Magic Eye Museum |
Tips:
1. Pakai baju dan seluar tahan sejuk b4 masuk ice dome. jacket dia bagi tak cukup. aku pakai leggings dalam seluar trek aku. Pastu kat night market bukak balik.
2. Pakai mask berbulu/tebal dalam ice dome. Sejuklaaah! Glove extra pun kasi bawak sbb dia bagi glove tukang kebun je.
3. Bawak bateri extra and power bank kalau korang jenis amek gambar banyak.
Day 3 16022015
Kitorang bajet sampai Phuket dalam kul 5pagi+..Tapi drebar kitorang bawak mcm pelesit, sampai sana dalam pukul 4am. So panik sikitlah..aku pun mintak doa biar drebar 'sesat' sikit. Dengan izin Allah, drebar kami sesat banyak kut....klako tak? Sampai kena upah local hantar ke Eden Hostel. Mula2 org tu mintak upah 300baht. Ngamuk cik adilah. Yelah..dia yang sesat, kita yg kena bayar upah pakcik local tu. So in the end, we settled for upah 100 baht. jadilahh...
Sampai Eden Hostel kul 6am lebih. Dah siang dah..so tak cuak sangat. Nasib baik dapat check-in awal sket. Hostel ni not bad. Tenang aman sentosa. Bilik air asing kat bawah. Time kami datang tak ramai orang so bestlah.. Lepas check-in, tido jap sampai pkul 9 lebih, mandi, terus keluar cari sewa skuter. kitorng pun preng preng area phuket pergi fresh market, lunch kat jalan talang semua.
Eden Hostel bilik dorm 3 katil double decker (book Agoda) = rm16.50 seorang/ 150baht
Upah sesat + 7 Eleven = 52,50 baht seorang
Sewa skuter = 250baht satu skuter
isi minyak = 100baht (isi 80 cukup je)
beli setem utk hantar poskad = 15baht
lunch = 73baht
air = 15 baht
petang tu cari pakej ke Phiphi-Krabi untuk esoknya. Dapatlah 750baht seorang daripada asal 900baht seorang. kalau korang pandai tawar lagi, boleh je dapat 700baht seorang.
Pastu preng preng pergi Rang Hills. Kononnya nak tengok sunset, tapi sebab mendung tak nampak. So pulanglah kami memeruskan perjalanan pergi Expo market. Time ni takyah critelah..sesat berapa banyak kali. Tapi akhirnya tiba juga. Parking kat Expo pastu jalan2 sampai jumpa Robinson. Rate tukar duit kat sini rm100 = 870baht.
fishball = 40baht
pancake + teh tarik = 210baht/6
Nak balik tu pun sesat lagi. Tanya locals, preng preng, ternampak tempat chantek, singgah amek gambo jap. Rupanya dah dekat je dgn hotel kami.
Eden Hostel. Not badlah.. |
Day 4 17022015
Debaran di pagi hari bila skuter aku takleh nak start. Takut kena bayar memacam. Last2 si owner datang sekali preng je dia dapat startkan. Haiiih..cuak mak nak!. Maka berlepaslah kami ke Ratsada Pier. seploh menet je drive. Mmg Eden Hostel tu dekat je dgn pier. Berbaloi.
Phuket to Phiphi to jeti Krabi = 750 baht seorang
pukul 10.30am sampai Phiphi Island. Lepak sini 3 jam. Ada masjid kat sini.
Ticket Phuket-Phi phi-Krabi |
Kecantikan ciptaan Ilahi |
Dah sampaii Phiphi!! |
Lunch kat sini. Makan nasi goreng |
phiphi island cleaning fee = 20 baht
nasi goreng sayur = 90baht
gatorade = 40baht
hony lemon 25 baht
flag patch sulam = 30 baht satu
3.30pm gerak ke Krabi. Pukul 5.30pm+ dah sampai Krabi! Hoyeeaaahh..
Sampai jeti, amek van ke Aonang Backpackers Hostel.
Bagi aku Aonang BP ni x best sangat bg female muslim travelers mcm kitorng sbb asalnya ktorng book satu bilik 6 orang. Tempat tu pun ada dorm co-ed. Maybe sebab check-in lambat sikit, owner tu pergi masukkan 3 org mat saleh dulu. Ada ke patutt..so berpecahlah kitorang. dahla xde sabun or tuala. Kat Eden yg murah separuh harga pun bagi. Yang aku plak, risau kiblat menghadap org depan (x masuk lagi masa tu) mintak tukar katil. Rupanya yg book tu org Malaysia. Heheh.
Lepas checkin, solat, keluar jalan2.
satu malam kat Aonang Backpacker = 300baht
van dari jeti Krabi ke Aonang Backpackers = 400baht/6
Malam tu makan kat restoran Rohanee = 1470baht/6
coconut shake = 50baht
gatorade + coke = 60baht
tshirt krabi = 150baht
Tips:
1. Masa kitorng sampai kat PhiPhi Island, memang panas terik gila. So pakailah sunblock bebanyak. Tempek coolfever kat dahi ke..Dan minum air kosong banyak2.
2. Kalau tak larat bawa beg kat PhiPhi Island, boleh simpan kat memana tempat agent tour untuk 50baht.
3. Rate tukar duit kat Krabi, rm100 ada yg dapat 870baht, ada yg 885baht kalau jalan depan sikit.
4. Makanan halal memang banyak kat kawasan ni. Jangan risau nanti lapar ke apa..sedap sedap semua..
4. Makanan halal memang banyak kat kawasan ni. Jangan risau nanti lapar ke apa..sedap sedap semua..
Day 5 18022015
Esoknya checkout Aonang BP, pergi hotel kedua. Pastu amek pakej abang Ameen. Siapa abng amin? Nantikan kisahnya di blog bilakakiberjalan. hahaha...
Kitorng plan nak pergi emerald pool, hot water fall, tiger cave semua dgn nilai 1800 utk 6 pax. Patutnya nilai 1800 tu utk pergi beberapa tempat. Tapi sebab kekangan masa dapt pergi emerald pool je. so kami rugi besar disitu. Malas nak argue disini.
Pastu lepas emerald pool yg mengambil masa 2jam return drive, terus pergi island hopping. Amek dua pulau je sbb x larat dan masa. Pergi Pado Island yg ada batu femes tgh laut tu..dgn chicken island. Kat Chicken Island kitorng snorkelling sikit tengok ikan nemo.
Van ke emerald pool sahaja (patutnya beberapa tmpat) = 1800baht/6 (agak mahal utk satu tmpat je)
Island hopping = 2000baht/6
muay thai shorts = 200baht
magnet = 100baht
Malam tu, kengkawan aku pergi berurut. tapi aku tak larat, so terus balik hostel dan tido. Oh ye..hostel kedua kami kat krabi namanya i-Krabi hostel. Owner muslim, ada free breakfast. Sebab baru bukak, memang tempat tu ohsem lahh.. Ada aircond. 5-7 minit ke warung deretan kedai halal dan pantai. Walaupun mahal sikit tapi berbaloilah..
i-Krabi hostel bilik katil bertingkat x 3 = rm47 seorang satu malam.
Lobi hostel. Pemilik Muslim |
Tersorok sikit kat belakang. Kanan kiri ada hotel jgak.. |
Malam tu maghrib/Isyak, qada' zuhur & asar, pastu keluar cari makan.
Sotong bakar = 100baht
pancake pisang +telur + nutella = 50baht (sedap gile)
nasi goreng ketam = 50baht
Day 6 19022015
Pagi2 bangun kul 5am. Bertolak ke airport kul 6am. Sampai kul 7am sebab singgah beli nasi and kuih sikit. Drop luggage, breakfast nasi, duduk dalam kapal terbang. Pheeeiww terbang. Sampai pukul 10.30 waktu malaysia.
Tambang hotel to airport = 600baht/6
Total kos adventure kami kali ni dalam rm1280+/- all in. Kalau tak shopping sangat, bawah daripada tu dapat..so far aku puas hati je. Mana yg lebih kurang tu biasalah...
Bye bye Thailand. Next destination?? Nantikan.. =)