Monday, December 29, 2014

withered thorns

what a gloomy day.

it's raining, and here i am working.

but, i suppose it's a good thing coz if not, i'd be sleeping myself till next year. -__-

Sunday, December 21, 2014

Interbiu PTD

My first PTD interview was on January 2013. Panel waktu tu adalah orang nombor 2 kat SPA. Though I passed the exams and PAC semua pada percubaan pertama, I failed the interview round. Pendek cerita, aku tak mohon pun lagi PTD lepas tu (sbb kecewa =P). So, kawan2 lain yg pernah fail before ni repeat exam semua, aku mendiamkan diri. Tiba2 pada October 2014 yg lalu dapat SMS suruh dtg interview pada December 2014. Terkejut gak time tu...taktau plak diorang still simpan. 

Anyway, panel yg aku dapat nama dia Y.Bhg. Datin Norasmah bt Samsudin. She was a really nice lady. She has been in this field of interviewing for a looong time. She knows all your cliche answers so try to make your answers a wee bit unique/interesting. Panel kedua Pn.Salmah. Also a nice lady. Berikut adalah tips yg ingin dikongsi:

1. Jika anda wanita dan berbaju kurung pada hari tersebut, JANGAN pakai blazer di luar. Just..jangan. Ok? Sebab tak sesuai. Salah. Sebab baju kurung itu sendiri sudah formal. Baju kurung itu baju kebangsaan. Samalah jika kita pakai cheongsam ke..sari ke..dress ke..jangan pakai blazer di luar no matter how smart you think it is. Worst case scenario? You could be asked to remove your blazer right in that instance by her. 

2. Soalan-soalan yang aku dapat, kebanyakannya sudah dijangka. Contohnya, aku dah kerja time tu. So datin tanya kenapa awak nak tukar kerja jadi PTD pula? Aku pun kata, ni mmg cita-cita saya. Dengan pengalaman dari pekerjaan yang saya buat sekarang membantu saya dalam menaikkan martabat sekian sekian....pepandailah korang jawab.

3. Interviu kali ni aku rasa lebih rileks berbanding yg 1st time dulu. Takdelah cuak sangat. Cool je time tu. Alhamdulillah... So if you feel that you have prepared and done your homework, don't panic. Just answer and elaboratelah sket jawapan. Sometimes soalan mudah je. Macam aku dia tanya, siapa nama penuh bos awak? Kalau dalam keadaan gelabah, mungkin den x dapat nak jawab nama penuh plus title boss den. =)

4. Normally, datin akan tanya soalan based on your resume. Contohnya dalam resume aku ada tulis aku penah tolong tagging time event2 yg dibuat di tempat kerja sekarang. Dia pun tanya soalan pasal position kalau KSU federal datang event kat state siape patut diutamakan? Federal or state? Aku jawab salah. Sekian.

5. Lagi satu soalan common, awak nak ditempatkan kat mana? Kenapa? Hampir semua orang akan dapat soalan ini. Jawapan perlu relevant dengan resume atau jawatan yang korang tengah sandang. Dan jika korang sebut Kementerian sekian...sekian, mungkin Datin akan tanya pula, siapa timbalan menteri atau ksu kat kementerian tu?

6. Dia banyak tanya soalan opinion and analisis based on what you are doing now. Misalnya if right now you are involved with something relating to finance, then you would be asked your opinion relating on that area (maybe a current issue). Soalan ni nak tengok tahap kebolehan analisis korang kat sesuatu isu.

7. Dah nak habis tu mungkin dia akan tanya soalan pasal pekerjaan ibu-bapa, adik beradik berapa..takde pulak tanya "do you have any questions?".. sebab interview 1st dulu ada tanya soalan tu. Aku pun kata takde apa2 soalan. Padahal adalah lebih elok jika kita tanya at least one question. Contohnya "is there anything you think I need to improve on?"..

Good Luck.


Monday, December 15, 2014

HO CHI MINH

Baru balik HCM semalm. Pergi dua org je..females. Alhamdulillah sepanjang perjalanan ok je..tapi mulut mmg tak berhenti kumat kamit baca doa lah jugak. Untuk tahu lebih lanjut, boleh lawat blog bilakakiberjalan. Gambar pun aku cilok dia punya sikit...

Kos perjalanan:  

Flight tickets Airasia: Return 2pax = RM 913
Plus luggage 25kg depart, makan pergi, return 20kg sorang, 
Seorang = RM456.50 

Hotel: Book dari Agoda 4 hari 3 malam (double standard bed) = RM194.50
Hotel 25, 25 Dang Thi Nhu, Nguyen Thai Binh, HCM
Sorang = RM97.25

Day 1 11 DEC 2014:

Turun airport belok kanan. Cari bas 152 sebelah Burger King. Turun depan Ben Thanh.
Lepas check-in terus shopping.

Tambang = 5000 VND
Mineral water airport = 30000VND
Photostate passport untuk bagi hotel = 1000VND
Buat spek kat kedai cermin mata depan Song Anh Hotel = 1,500,000VND
Kain sulam = RM50x4 (harga dia bagi RM65)
Prada lace 2meter = RM50x4 (harga asal RM60)
Prada lace design baru = RM60 (harga asal RM70)
Kongsi beli kopi Vietnam (250g) and Robusta (250g) = RM55/2


Memang menarik dapat buat spek dengan harga lebih kurang RM240. Aku ni dahla rabun tahap 9000, mmg takkan dapatlah spek dengan harga macam tu kat malaysia. So, sesapa yg rabun abadi tu, digalakkan buat spek ye kat sana. Kitorang pergi kedai depan Song Ahn Hotel. Ada je banyak lagi area tu.. Korang rajin2lah pusing, jalan dan tanya.

Tak perlu motor..tak perlu beca..jalan, jalan, dan jalan sahaja!

Pasar Ben Thanh yg terkenal itu

Kecewa habis bila sampai kuda tu dah hilang. Tak sempat nak brgambar..


Day 2 12 DEC 2014:

Pusing2 cari travel tour murah ke Cu Chi. Rata2 rate diorang letak 7-9USD, atau RM30-40, atau 150000-200000VND untuk half day tour. Kebetulan dalam laci hotel kitorng ada rate 100000 untuk half day oleh Vina travel. So bergeraklah kami mencari kat area Jalan Pham Ngu Lao. Mmg murah.

Aktiviti untuk hari kedua adalah Handicapped Handicraft factory, Cu Chi tunnel, lunch di Banana Leaf Saigon, War Remnant Museum, malam tu shopping kat pasar malam.

Half day Cu chi = 100,000VND (RM16)
Entry Cu chi = 90,000VND
Aiskirim = 20000VND
Coke = 16000VND
Entry War Remnant Museum = 15,000VND
Makan kat Bananaleaf Saigon 2pax = 365000VND/2 = 182,000VND
Postcard = 10000VND
T-shirt x9 = RM90 (ni kitorng rugi sikit. Ada tempat lain boleh dapat RM8 sehelai. Rugi RM18)
Keychain and magnet = ni kitorng rugi besar. Ntah kenapa mood nak menawar sangat low masa tu. Satu papan keychain ada 10 patut boleh dapat RM5 tapi kitorng bayar RM15. (total loss RM30 T_T)
Pouch kotak Vietnam = 6 pouch untuk RM50.
Harga asal satu pouch RM10. Boleh je dapat murah lagi tapi mlm tu mmg serius agak malas nak menawar.

Malam ni mmg malam pape jelah. Takpelah, kira bagi untung lebih sket kat peniaga malam tu...(padahal hati masih sakit kne cas lebih2)


Kat Cu Chi (abaikan tarikh itu)

Tour guide kami di Cu Chi. Slim namanya kerana kekerempengan empunya badan.


Mangsa agen oren di kilang kurang upaya sedang membuat handikraf

Kat dalam terowong Cu chi. Semput merangkak


Day 3 13 DEC 2014:

Mekong full day = 200,000VND
Beg kat Bee Farm = RM15 (murah woo..kalau x kerana luggage dah beli 3 dah)
Coconut drink = 20,000VND
Topi Vietnam = $1
Ice Blend Chocolate Mint = 35,000VND

Ice blend tu beli kat kedai dekat2 area hotel kitorang. banyak je..boleh tahan murahla gak. ada yg 3 hengget secawan, 5 hengget, tapi yg pasti takde yg lebih seploh hengget kat kawasan ni.
Masa balik tu hujan lebaaat gila. Jalan pun banjir. Boleh plak time tulah tak bawak payung, tak bawak raincoat. Padahal ada je dalam beg lagi satu. So bergantung pada topi vietnam $1 jelah aku masa tuu..

Tour guide untuk Delta Mekong.





Di Bees Farm. Tgh bancuh minuman madu.



Row row row your boat..



Day 4 14 DEC 2014:

T-shirt = RM8x2 (rugi baru jumpa yang lebih murah)
Cotton Thai kut = RM25 (asal RM30)
Cotton 3.5m bidang 60 = Rm18
Springroll = 90,000VND
Teksi balik = 135,000VND
Kopi Nguyen airport plus tax = 96,600/2

KLIA2 = Kluang Station Nasi Lemak & Laksa = RM50.45

Balik dari Vietnam, didapati wang masih berbaki 700,000 dong lebih! huhuu~

TIPS


1. Nak murah cari tempat yg kurang Malaysian atau banyak backpacker. Contohnya tour half day Cu Chi kat Song Anh hotel RM40. Jalan depan sikit area Pham Ngu Lau (Vina Travel) dapat RM16 tak termasuk entry fees. Tapi diorng ni macam ada kerjasama sket. So dari satu travel agen bawak ke sana ke mari untuk kumpulkan orang bagi ramai2..


2. Hotel pun jauh sket. Cons: kena banyak melintas. Pros: tak ada org mintak sedekah, jual barang or demand nak tolong bawak sana sini. Plus tenang dari bunyi hon kereta. Kitorng stay Hotel 25.


3. Kat Mekong ddk satu sampan atau satu meja dgn mat saleh. Diorang bagi tips, kitorng buat donno... Mmg kitorng pekakkan telinga je sesapa yg mintak tips


4. Nak balik suruh org hotel tolong call teksi. Dari hotel ke airport just 135,000 VND (dalam RM22 sbb rate tukar masa tu 0.16).


5. Kat airport beg kitorng lepas je. Tapi kat bilik checked baggage bersungguh kastam dia suruh tgk beg kitorng ada tak (antara yg dia tarik keluar). Pastu perasan dalam tangan dia banyak betul duit ringgit dia pegang pastu masuk poket. Apakah?


Lepas je imigresen terus tarik nafas lega..selamat. Happy travelling!

Monday, December 1, 2014

Dimanakah Sushi Halal?

I am currently craving for good sushi. A lot of them. But it's quite hard to find halal sushis even in Malaysia. So I am in the midst of asking around sushi restaurants regarding their halal status.

This post is not to give bad reviews or any racism/ ethnocentrism/ whatever 'ism' remarks about other people. It's just to guide fellow sushi lovers with certain 'unique cravings'..

1. ICHIBAN BOSHI

Status: Non-Halal

Melalui emel yang aku hantar kat diorang..ini adalah reply yang diberi. Page FB juga ada menyenaraikan menu-menu yang tidak halal. Sake (rice wine)  juga disediakan.




Updated 15 June 2016:

2. HEI SUSHI

Status: Halal

Located at Ground Floor Alamanda. Restoran ni memang apply sijil Halal Gomen. So InsyaAllah halalan toiyyiban. Sedap pun sedap.






TBC... =D