Tuesday, July 4, 2017

Kul to Marang + Teratai Tenang

Wedding in Marang

27 Jun 2017
Tiba di Airport Sultan Mahmud around 6.55pm
Harga One way flight from Kul -Tgg: Rm85 (fare) + rm4 (processing fee)
 

Airport K.Terengganu to Hotel:
Kalau naik Taxi airport rm30.00
So, naik Uber hanya rm15.08. Yayy!
Menariknya, uber time ni baru dalam 5 hari diperkenalkan di Terengganu.

Check in hotel at K.Terengganu:
Rm43.26 one night hotel Teratai Tenang.
Rm20 deposit kunci

Review hotel:

Hotel katil queen
Ada basic amenities spt towel, sabun mandi buku, air mineral 1 botol, air panas shower, tv, minibar, aircond.
Bilik air agak kepam sebab kipas bilik air dipasang di luar. So, ni menyebabkan banyak nyamuk. Dan berbau.
Bilik yg diduduki time ni selak patah, cangkuk bilik air pun patah.

Overall, ok je sebab aku pun tak meletakkan expectation yg tinggi. Tapi dengan harga tu patutnya lebih selesalah. Sebab hostel rm 25 satu malam pun lebih bersih dan selesa.
2.5 bintang kot.

28 Jun 2017
Gerak ke Kg.Gong Beris at 10am
Naik uber. Setengah jam lebih jugak tunggu. Total rm28.59. Kalau teksi rm60. Kalau GrabCar rm72. Wtfff.. Normal rate rm30-rm40 jee sebenarnya.

Stay for wedding till 3pm
Minta Pok Weil pick up kat rumah pengantin.
Kereta toyota. Best. Sejukk.

Cari kopok leko. Total rm63 (kopok rebus 2x rm10, rm5, kopok goreng rm5, sata 10 biji rm4 - deymm murah, 2 botol sos rm4.50 satu, kopok kering 3 for rm20)

Drop off kat Paya Bunga Central (UTC K.Terengganu). Sampai lebih kurang pukul 4.30pm.
Taxi fare: Asking price rm40..  However, I gave him rm60 for excellent ride.

Terminal bas betul2 sebelah Utc ni. So bolehlah habiskan masa window shopping sementara tunggu bas.
Rm51.55 sushi king dinner.

10.00pm
Bas to putrajaya.
Rm42.30 (diskaun 10%) Bas Jasa Pelangi ke Putrajaya. Beli kat catchthatbus.com
Tiba jam 6.10am.
Selesa bas ni. Seat besar, ada soket plug 3 pin tepi seat.




Sunday, February 19, 2017

ioi Palm Garden Hotel Review

HELOCONIA ROOM

Last Thaipusam holidays, I stayed at ioi Palm Garden Hotel after work. I won a 2 days 1 night stay during a Lucky Draw last month and decided to use it during the holidays. Yippee.

The review:

Reception & Staff: Sangat2 mesra, extremely welcoming. The hotel was quite 'old' so I didn't have much expectation at first - just planned to have a normal good stay and head back home. Upon entering, the staff would welcome you from 3 blocks away. Ok, that's a bit exaggerated, but what I'm trying to say is that they're supeer nice. 
5 stars.

Room: I got the Heliconia room. Two single beds. It was a joint room. 229 or 219? Forgot the number. The connecting door lock was quite loose. They need to fix that. They had all the basic stuff. I'm not sure how many stars this hotel has, but they got you covered in terms of towels, toiletries (soap, shampoo, moisturizing cream), hairdryer, iron and ironing board, torchlight, minibar, hangers, indoor slippers, There's also a bathtub, hanging clothes line that you can attach by yourself, sejadah, kiblat, security box.
4 stars because the tap water smelled too strongly of steel.

Breakfast: They gave free breakfast. RM25 for additional pax before 12am. RM40 if you pay up front at the cafe. Breakfast was OK. Had your typical Malaysian and Western food like Nasi Lemak, Mee Goreng, Mixed Veggies, Bread, Croissant, Dimsum, Yogurt, etc.
4.5 Stars because the pastries tasted...not yummy. =P

Upon checkout they would give you a form to fill in asking about your stay. If you have a staff you'd like to recommend you could also write it down in the form. There weren't any deposit fees. It was a nice stay. Recommended to families and middle income groups. Right nest to ioi Putrajaya Mall.

~~ . ~~  ~~
Shh don't tell anyone 🤫 I'm using BigPay and it's amazing!

When you travel, you only pay the actual exchange rate (same or better than XE). Plus, you save money on AirAsia flights and earn BIG Points.

Sign up now - it's completely free. Use my referral code and we'll both get RM10 when you sign up!

My referral code:
TBBDLJXIYR

Monday, January 30, 2017

Resipi Kerabu Rumpai Laut (Sarang Burung Laut)

Ok...ni resipi untuk membuat kerabu rumpai laut. Jenis seaweed ni kalau direbus, akan jadi cecair. So ada orang buat sebagai masker, ada buat sebagai minuman kolagen. Untuk resipi ni, tak perlu guna dapur gas. Hanya perlu menyediakan:

1. Seaweed direndam semalaman (tak tau nama sebenar, so cakap je kat penjual nak yg boleh buat kolagen.)
2. Cili padi, Cili merah, Serbuk cili (lumatkan)
3. Carrot dan timun yg diracik halus.
4. Jus lemon
5. Udang kering yg direndam dan ditumbuk.
6. Bawang merah potong halus.
7. Garam
8. Gula
9. Black pepper

Takde sukatan. Korang just agak2 janji rasa sedap.
Campak-campak semua bahan.
Gaul-gaul.
Voila!!



Sunday, January 22, 2017

Yeob Bay Hotel Review


Nak cari tempat ni memang kena guna Google Maps. Jauh terceruk gak tempat ni. Lalu kelapa sawit kanan kiri. Sebiji bangunan 3 tingkat tepi pantai. Tapi ada lah beberapa inn dan hotel along the way kat area ni juga.

Stay: 21-22 Januari 2017
Bilik: Joint room, 4 katil single
Harga: rm235
Free breakfast.
Booking: Agoda

Receptionist is VERY welcoming and helpful.
Ada lif, jgn risau.
Nak seterika baju, ada ruang menggosok tiap tingkat kat luar bilik. Cuma takde tempat nak gantung baju lepas gosok.
Dalam bilik ada towel, air mineral, arah kiblat, quran, shower gel and shampoo, hanger dan tempat gantung baju kt dinding.
Ada tv.


Katil agak keras.
Aircond lambat sket nak berfungsi. So kalau sampai tume tgh hari or petang, mmg panas.
Tapi malam dah sejuk so ok je.
Bilik agak kecil. Lebih kurang mcm bilik Tune Hotel.
No Wifi. (T_T)
Line celcom plak level E. (T_T)
Dahlah xde wifi, pastu line senduuuu. Jogging pantai jelahh.
Pintu takde peephole.

Boleh nampak sunrise dari bilik. Lagi cantik kalau tengok dari level 3.
Nak jalan2 tepi pantai dekat je. Kalau nak tengok sunset, jalan ke pantai keluar dari gate.

Masa datang, restoran tak bukak. Nasib baik bawak bekal siap2 untuk dinner.
Esoknya breakfast ada roti bakar, meehoon, nasi lemak, onde2 batu, karipap, cereal.

Kalau bosan nak tgk movie or minum stabaks, boleh pergi Aeon. Dlm 10-15 menit dari Yeob.








Saturday, January 14, 2017

USS here we come!

Jika anda ke sini untuk baca tentang trip USS sahaja, sila skip ke Sabtu, 17 September 2016.

Dua tujuan utama datang ke Johor kali ni adalah:
1. Wedding member kat Felda Tenggaroh
2. US Singapore bebeh!

Teman kali ni adalah Syifak si penolong pengarah kanan.
Dahsyat gak research pasal trip ni. Yang cons-nya adalah public transport kat area Mersing kurang awesome. Asalnya nak bagi surprise kat kawan tu. Berminggu gak fikir nak turun mana dari KL.  

Terminal Mersing ke rumahnya (Felda Tenggaroh) ambil masa dalam 45+ minit.
Terminal Kota Tinggi ke rumahnya pulak ambil masa 50 minit. Last2 terpaksa tanya empunya diri...katanya suruh turun Simpang Tenggaroh. Dari situ 15 minit je ke rumah dia.

*Katanya if ambil bas ke Kota Tinggi pun boleh. Dari situ naik teksi atau bas tingtong ke Simpang Tenggaroh.
*If straight ke Terminal Mersing, itu adalah stop untuk orang2 yang nak ke Tioman.

Tapi sayaaang, pada hari kejadian..bas tak lalu Simpang tu. Dia guna jalan Muadzam.

Jumaat, 16 September 2016

Bas bertolak dari TBS ke Mersing 12.45pm
RM33.00 (Beli online guna catchthatbus.com)
Sampai Terminal Mersing pukul 6.00+/-pm

Malangnya bas yang kami naik lalu Muadzam plak, so tak lalu Simpang Tenggaroh tu.

Nasib baik dari Terminal Mersing ada kawan last minit ikut join so tumpang dia sekali.
Nak sejam jugak lah dari Terminal Mersing sampai masuk dalam Felda Timur 1 tu.
Sampai rumah pengantin pukul 8pm.
Sempat tgk kawan tu nikah. Tahniah HennyNenny!!
Malam tu tumpang tidur akak ipar pengantin.

Sabtu, 17 September 2016


Pagi tu temankan pengantin berzanji. Masing2 muka blurr. Adehh...sekali kena tanya dengan makcik2 situ..

"Kamu tak raptai ke?"

Sebab fail gile part berzanji pengantin. Walaupun dia tanya pengantin tapi kami kanan kiri pun terasa sekali. Aku pun time tu dah serius giler muka. Kut2lah kena panggil tetibe.
Hasil DPA...kalau dah kena suruh, buat je.
Yang penting...konfiden!

Sebab pengantin bersanding agak lewat - pukul 3.00pm, jadi kami tak sempat nak join sampai habis. Dalam tengah hari tu amek teksi ke Terminal Kota Tinggi.

Felda Tenggaroh- Kota Tinggi RM50.00

Sampai Kota Tinggi 50 minit kemudian, dari sini ada banyaaak bas ke JB.

Tips: JB ada dua (2) terminal utama

1) JB Sentral - ni stop utk org2 yang nak ke Singapore biasanya. Dia macam airport ada stabaks, locker room, bagai. Kalau nak kill time pun ada Shopping Complex (City Square) ala2 Nu Sentral within walking distance.
2) Terminal Larkin - Ni stop kalau nak ke tempat2 (TBS, Butterworth, Melaka, dll)

Bas Kota Tinggi - JB Sentral RM4.80

Sampai di JB sejam kemudian, kitorang lepak2 jap. Facilites kat JB memang terbaik. JB ni lagi KL dari KL (get it?). Memang maju dan moden. So sebab tu kitorang konfiden ada Uber area ni. heee~

Uber from JB Sentral to I-Leaf Hotel RM8.43

I-Leaf Hotel Review:
Betul2 bersebelahan dengan Tune Hotel. Normally kalau orang nak ke USS, agen memang akan suruh stay dekat2 kawasan ni. Satu jalan area ni ada beberapa hotel lain jugak tapi aku tengok rate i-leaf paling terbaik plus ada breakfst sekali.

Breakfast dia memang 2 jempol!! Sedap!
Bilik selesa cuma SANGAT bising waktu malam sebab dinding dia nipis sangat. Takde soundproof langsung.

Rate 17-19 September 2016, Queen Bed =RM182.46

Malam tu kitorang pergi berurut kaki dan badan kat Thai Imperial Massage.

Isnin, 18 September 2016

Pagi tu tapau breakfast sebab tak sempat makan situ. Makan dalam bas je. Pukul 7.50am dah gerak.

Kitorang amek pakej SyoknyaTravelUSS. Ni kawan kepada kawan yang rekemen. Dia kata bagus. Aku time tu pun tak sempat nak research pasal nak ke Singapore, so amek jelah pakej. Senang sikit. 

Tiket USS + Transport Return = RM220
Rate Singapore:
S$200 = rate 2.9 x 200

Sampai kat Terminal apa nama..kena turun untuk cop imigresen keluar dari Johor. Selang beberapa minit, turun untuk cop masuk ke Singapore. Sekejap je prosedur. Walllah! Dah masuk.

Mmg nicelah pemandangan kat Singapore ni. Bandar2 gitu. Sebab kanan kiri bangunan je, jadi bosan. So aku tidur smpailah tiba di USS.

Opening dia lambat sket. Pukul berapa aku lupa. Around 10am kut. Antara ride/show yang best dan memang perlu naik:

1. Transformers (pening sikit sebab ride banyak hentak2)
2. Mummy (ni bagi aku terbaik). Tapi maybe sebab ramai sangat naik so first time kitorng dtg rosak padahal dah beratur panjang dan tinggal berapa orang je depan kami. Beberapa jam kemudian datang balik sebab nak naik jugak.
3. Underwater World (sangat menarik! Jangan duduk depan sangat kalau tak basah kuyup. Ni korang kena peka dengan masa dia sebab ada slot masa tertentu.)
4. Rollercoaster (nampak best tapi aku tak naik sebab kecut. hahahh)
5. Banyak lagi best tapi tak sempat pergi semua sebab masa terhad dan asyik termiss slot diorng.

Banyak aku habis shopping sini.

Beli towel sampai 3 helai. Satu dalam S$25+/-
Mug S$13 for 2
Elmo pouch S$9 (kut)
Gambar kenangan dengan Transformers S$25

Pastu ada beberapa restoran Halal sini. Kitorng makan kat Friar's. Berapa total..lupa.

Bas datang amek pukul 7pm. Sebab along the way dia ambil orang2 yg dari Singapore ke JB, aku jadi konfius dan hampir sesat sebab ingat salah bas.

Overall, bestlah jugak datang sini. Datang dengan member sorang dua, tolong jana ekonomi negara orang lain. Lol.

Selasa, 19 September 2016

10.00am - Bas dari JB ke Terminal Bersepadu Selatan.

Tips:

1. Surau USS ada kat belakang area roller coaster. Kecil tapi selesa. Pastikan anda sama2 jaga kebersihan surau ini.
2. Air paip nak ambil wudhu agak kecil. So..bersabar jelah ye. Pastu make sure bawak telekung travel atau socks sebab praying veil tak disediakan.
3. Toilet yang ada bidet/hose hanya di stall paling hujuuung. Ada satu je. Ni untuk females lah. Lelaki aku tak tau.
4. Time ni lupa nak bawak sunblock. So, agak sunburn time tu sbb lupa cuaca singapore sama je dgn malaysia. Adehh.
5. Have fun!

Next time I plan to go on a food hunting spree. =D

Monday, December 12, 2016

Thai Imperial Massage JB

Thai Imperial Massage
Jalan Dato' Sulaiman
Taman Abad (Century)
JB

8.13pm Foot Massage : 1 hour rm63

NO actual wifi. Connected but NOT available.

The masseuse were all friendly and welcoming.

The receptionists were NOT. Front desk staff were NOT friendly at all. Acuh tak acuh je layan kitorng. Siap sibuk mengunyah epal buat taktau. Taktaulah kalau sebab aku pakai seluar berbunga mcm ahjumma petik anggur kut..

My masseuse was called Ob from Chiangmai (they truly are Thais!). Comel je orgnya. Tapi kuat tangan dia.

Tempat urut ni tepi jalan. Sepanjang jalan ada workshop kereta. So kalau kena tunggu kawan mmg bosan lah. Ada LoL Cafe dgn satu kedai makan Melayu. Tapi kena lintas. Kereta plak mcm pele$#!@ memasing lajunya..

Jalan kaki depan sikit ada KCL mall. Kalau tak jumpa kat Waze Jalan Century...cari Jalan Abad. Hahah..penat kitorng pikir ingatkan salah jalan. Rupanya diorng pergi translate dlm apps tu.

Wednesday, October 26, 2016

Cara ke KLIA dari Banting

Bas kat Banting ada banyak. Dari terminal ni akan ada bas ke Putrajaya, Sungai Manggis, Kuala Lumpur, Klang, Morib, etc. So far aku selalu naik yang ke Putrajaya.

Interval dia biasanya 40-50 minit. Kalau terlepas satu bas, memang baik pergi mamak jap makan roti telur dgn milo ais lah jawabnya.

Kalau nak ke KLIA dari Banting ada 2 cara:

1. Banting ke Putrajaya RM4.50 --> Bas Putrajaya ke KLIA RMxxx (lupa). Tapi ni memang kena sabar menanti. Sempat basuh baju, jemur sampai kering pastu lipat kalau tunggu bas ni kadang2.

2. Banting ke Putrajaya RM4.50 --> ERL (KLIA Transit) ke KLIA Transit RM9.40.

Dah sampai...