Monday, December 15, 2014

HO CHI MINH

Baru balik HCM semalm. Pergi dua org je..females. Alhamdulillah sepanjang perjalanan ok je..tapi mulut mmg tak berhenti kumat kamit baca doa lah jugak. Untuk tahu lebih lanjut, boleh lawat blog bilakakiberjalan. Gambar pun aku cilok dia punya sikit...

Kos perjalanan:  

Flight tickets Airasia: Return 2pax = RM 913
Plus luggage 25kg depart, makan pergi, return 20kg sorang, 
Seorang = RM456.50 

Hotel: Book dari Agoda 4 hari 3 malam (double standard bed) = RM194.50
Hotel 25, 25 Dang Thi Nhu, Nguyen Thai Binh, HCM
Sorang = RM97.25

Day 1 11 DEC 2014:

Turun airport belok kanan. Cari bas 152 sebelah Burger King. Turun depan Ben Thanh.
Lepas check-in terus shopping.

Tambang = 5000 VND
Mineral water airport = 30000VND
Photostate passport untuk bagi hotel = 1000VND
Buat spek kat kedai cermin mata depan Song Anh Hotel = 1,500,000VND
Kain sulam = RM50x4 (harga dia bagi RM65)
Prada lace 2meter = RM50x4 (harga asal RM60)
Prada lace design baru = RM60 (harga asal RM70)
Kongsi beli kopi Vietnam (250g) and Robusta (250g) = RM55/2


Memang menarik dapat buat spek dengan harga lebih kurang RM240. Aku ni dahla rabun tahap 9000, mmg takkan dapatlah spek dengan harga macam tu kat malaysia. So, sesapa yg rabun abadi tu, digalakkan buat spek ye kat sana. Kitorang pergi kedai depan Song Ahn Hotel. Ada je banyak lagi area tu.. Korang rajin2lah pusing, jalan dan tanya.

Tak perlu motor..tak perlu beca..jalan, jalan, dan jalan sahaja!

Pasar Ben Thanh yg terkenal itu

Kecewa habis bila sampai kuda tu dah hilang. Tak sempat nak brgambar..


Day 2 12 DEC 2014:

Pusing2 cari travel tour murah ke Cu Chi. Rata2 rate diorang letak 7-9USD, atau RM30-40, atau 150000-200000VND untuk half day tour. Kebetulan dalam laci hotel kitorng ada rate 100000 untuk half day oleh Vina travel. So bergeraklah kami mencari kat area Jalan Pham Ngu Lao. Mmg murah.

Aktiviti untuk hari kedua adalah Handicapped Handicraft factory, Cu Chi tunnel, lunch di Banana Leaf Saigon, War Remnant Museum, malam tu shopping kat pasar malam.

Half day Cu chi = 100,000VND (RM16)
Entry Cu chi = 90,000VND
Aiskirim = 20000VND
Coke = 16000VND
Entry War Remnant Museum = 15,000VND
Makan kat Bananaleaf Saigon 2pax = 365000VND/2 = 182,000VND
Postcard = 10000VND
T-shirt x9 = RM90 (ni kitorng rugi sikit. Ada tempat lain boleh dapat RM8 sehelai. Rugi RM18)
Keychain and magnet = ni kitorng rugi besar. Ntah kenapa mood nak menawar sangat low masa tu. Satu papan keychain ada 10 patut boleh dapat RM5 tapi kitorng bayar RM15. (total loss RM30 T_T)
Pouch kotak Vietnam = 6 pouch untuk RM50.
Harga asal satu pouch RM10. Boleh je dapat murah lagi tapi mlm tu mmg serius agak malas nak menawar.

Malam ni mmg malam pape jelah. Takpelah, kira bagi untung lebih sket kat peniaga malam tu...(padahal hati masih sakit kne cas lebih2)


Kat Cu Chi (abaikan tarikh itu)

Tour guide kami di Cu Chi. Slim namanya kerana kekerempengan empunya badan.


Mangsa agen oren di kilang kurang upaya sedang membuat handikraf

Kat dalam terowong Cu chi. Semput merangkak


Day 3 13 DEC 2014:

Mekong full day = 200,000VND
Beg kat Bee Farm = RM15 (murah woo..kalau x kerana luggage dah beli 3 dah)
Coconut drink = 20,000VND
Topi Vietnam = $1
Ice Blend Chocolate Mint = 35,000VND

Ice blend tu beli kat kedai dekat2 area hotel kitorang. banyak je..boleh tahan murahla gak. ada yg 3 hengget secawan, 5 hengget, tapi yg pasti takde yg lebih seploh hengget kat kawasan ni.
Masa balik tu hujan lebaaat gila. Jalan pun banjir. Boleh plak time tulah tak bawak payung, tak bawak raincoat. Padahal ada je dalam beg lagi satu. So bergantung pada topi vietnam $1 jelah aku masa tuu..

Tour guide untuk Delta Mekong.





Di Bees Farm. Tgh bancuh minuman madu.



Row row row your boat..



Day 4 14 DEC 2014:

T-shirt = RM8x2 (rugi baru jumpa yang lebih murah)
Cotton Thai kut = RM25 (asal RM30)
Cotton 3.5m bidang 60 = Rm18
Springroll = 90,000VND
Teksi balik = 135,000VND
Kopi Nguyen airport plus tax = 96,600/2

KLIA2 = Kluang Station Nasi Lemak & Laksa = RM50.45

Balik dari Vietnam, didapati wang masih berbaki 700,000 dong lebih! huhuu~

TIPS


1. Nak murah cari tempat yg kurang Malaysian atau banyak backpacker. Contohnya tour half day Cu Chi kat Song Anh hotel RM40. Jalan depan sikit area Pham Ngu Lau (Vina Travel) dapat RM16 tak termasuk entry fees. Tapi diorng ni macam ada kerjasama sket. So dari satu travel agen bawak ke sana ke mari untuk kumpulkan orang bagi ramai2..


2. Hotel pun jauh sket. Cons: kena banyak melintas. Pros: tak ada org mintak sedekah, jual barang or demand nak tolong bawak sana sini. Plus tenang dari bunyi hon kereta. Kitorng stay Hotel 25.


3. Kat Mekong ddk satu sampan atau satu meja dgn mat saleh. Diorang bagi tips, kitorng buat donno... Mmg kitorng pekakkan telinga je sesapa yg mintak tips


4. Nak balik suruh org hotel tolong call teksi. Dari hotel ke airport just 135,000 VND (dalam RM22 sbb rate tukar masa tu 0.16).


5. Kat airport beg kitorng lepas je. Tapi kat bilik checked baggage bersungguh kastam dia suruh tgk beg kitorng ada tak (antara yg dia tarik keluar). Pastu perasan dalam tangan dia banyak betul duit ringgit dia pegang pastu masuk poket. Apakah?


Lepas je imigresen terus tarik nafas lega..selamat. Happy travelling!

Monday, December 1, 2014

Dimanakah Sushi Halal?

I am currently craving for good sushi. A lot of them. But it's quite hard to find halal sushis even in Malaysia. So I am in the midst of asking around sushi restaurants regarding their halal status.

This post is not to give bad reviews or any racism/ ethnocentrism/ whatever 'ism' remarks about other people. It's just to guide fellow sushi lovers with certain 'unique cravings'..

1. ICHIBAN BOSHI

Status: Non-Halal

Melalui emel yang aku hantar kat diorang..ini adalah reply yang diberi. Page FB juga ada menyenaraikan menu-menu yang tidak halal. Sake (rice wine)  juga disediakan.




Updated 15 June 2016:

2. HEI SUSHI

Status: Halal

Located at Ground Floor Alamanda. Restoran ni memang apply sijil Halal Gomen. So InsyaAllah halalan toiyyiban. Sedap pun sedap.






TBC... =D

Wednesday, November 19, 2014

Siti Salon

Harini nak promote spa muslimah kat Bangi Gateway..
Siti Salon - Al-Zahrah namanya. Terletak kat luar sederet dgn Teh Tarik Place and Old Malaya Kopitiam. Tingkat atas, kena naik tangga sebelah Teh Tarik Place. Selalu gak aku berfacial ni.. Walaupun diri ni xde lah lawa mana..tp saja utk kepuasan dan menjaga kulit muka yg mmg selalu berjeraghat ini.

Anyway, tadi amek treatment normal facial. Normal facial ni cuci2 gosok muka biasa je. Scrub, steaming, pastu extraction. Yang bagusnya, walaupun extraction dia sakit gile *eeep* tapi dia extract semua. Dahi, pipi, hidung, u-zone..semua. Pastu dia cuci lagi lpas extract.

Yang kurang bagusnya, nampak giler kesan2 extraction lepas buat. Maybe it's just me, but obvious giler "parut" post extraction..hopefully cepat pulih dan tak berbekaslah..

Suasana pun aman tenang permai. According to a friend of mine, spa yg bagus adalah dimana bilik2 treatment mereka suram2 gelap, mendendangkan lagu2 yg mengasyik kalbu (tapi time aku datang xde pasang pape musik), dan staff dia x sibuk bergosip time treatment. Time bwt galvanic facial kat Meiko (tingkat atas gateway) staff dia bnyk borak. Tapi Meiko tu not bad lah. Rm85 Galvanic facial untuk harga promo kedai baru bukak. Pastu terbeli Royal Jelly promo price (katanya..) dgn harga rm130.. Oklaaah~

Eh..tercerita meiko plak. Back to siti spa, habis facial dia urut badan belakang. Jumlah tempoh treatment dlm 40 minit kut. Not bad.. Maybe next time nak cuba treatment collagen dia (RM90).



Total damage = Rm65.

Sunday, November 9, 2014

Benefit-tint!!

Hari-hari mood panas. Shopping dapat menggembirakan hati yang duka marah ini..

Semalam ikut kawan shopping cari lipstick. Mula2 singgah Mac. Jumpa lip gloss boleh tahan murah. Tapi ikut hati x berapa nice kaler bagai.. Salesgirl pun cam x best. So...lompat kedailah ke Benefit bertentangan kedai Mac. Oh ye..peristiwa ini berlaku di Alamanda Putrajaya.

Kat kedai tu salesgirl nice tu promote lipbalm. Kawan tu pun test2ing lah.. Kita ni yg xde niat nak beli ni pun mundar-mandir kedai tu. Pastu bila kawan ni dah decide nak beli yang lolli balm, nampak plak satu set kotak balm sekali dgn tint. Satu lip balm 70 hengget. Satu set balm n tint tu 145 hengget.



Disebabkan masa try tu aku rasa lawa warna dia..maka aku pun terikut terbeli. Dapatlah sekali beberapa sample kosmetik.

Note: The tint is a nice red colour. Not too reddish and compliments my tanned malay skin when I use it on my cheeks. You can also apply it on your lips before wearing the balm. Best..saya suka.

Total damage: 145 bahagi dua = 72 hengget 5 kupang 

Sekian.

Thursday, November 6, 2014

I need to release this... -_-

Sometimes...aku x faham betulla dgn pe'il org timur tengah ni. Diorang ni kat tempat sendiri mcmana belajar?
Of course, yang betul2 datang sini belajar mmglah wujud. Tapi yg majoriti ni....serius MENJENGKELKAN. Bold. Capital letters.

Kau ingat..kau datang class 2/14 kali, hantar assignment kawan kau dari sem lepas (ingat aku x tau??), pastu tak dtg presentation bagai...boleh dapat A?? B%$#@.

Tu belum lagi spesis drama swasta. Alasan menggunung. Cakap kosong pot pet pot pet tak tau nak brake. English diorang...haiih semput aku. Sape penulis skrip tu mmg patut dapat award. Award terjun laut. 

Aku tau x patut cakap benda ni. Tapi sungguh. Ada sebahagian tu... urghhh. Lampi. Ni pun boldkan. Berapa kali kena cakap baru nak faham. Cakap slow dah slow dah. Ulang bukan takat 3-4 kali. Mana taknya, kalau tau tak ingat tu..tulislah! Ni datang class pun tak bawak pen. Nak exam pun boleh takde pen???!? ASDFGHJKL!

Ok..yang tu takpe lagi. Ni spesis terakhir ni...yang KURANG AJAR. Kau dahla kat negara orang. Mesti sebab ko fikir kau ada back-up eh? Macam tu ke? Back-up kau kuat mana pun, kalau asas tempurung kau tu kosong, memang tak ke mana lah kau wahai a#$%^& rejim Al-@##!@#...

Tak peliklah situasi negara diorang macam ni kalau generasi muda sedia ada begini. Sedih aku tengok. Sedih sebagai manusia. Sedih sebagai seorang Islam. Sedih sebagai tenaga pengajar.

Sedih kat orang yang bakal menjadi mangsa kebodohan dan kezaliman spesis macam kau.





Sunday, August 10, 2014

Gipang Goons

Such annoying news. Is it because he was doing what the majority ppl wanted and did not listen to you gipang goons? Because you selfish power hungry insects did not get what you desired from this man whom you thought could be used as a puppet for your own agenda hence you seek another more willing to comply marrionette?

Do we not have a say in this? Do the rakyat views not even matter? Are you guys even considering the sake of the majority here?

Seriously, your wife does not deserve to be MB. She does not have the capability or ability to do so. If she had both, even if she was a female, I myself would have no issues about it. At all. 

Let's see where it goes from here.

Thursday, August 7, 2014

The lobster dish

I've been craving to eat lobster for weeks. It's really hard to get one in supermarkets where I come from. They only sell it in bangsawan shops. And I found out the reason why. It turns out that a seekor lobster costs RM163 at Cold Storage. Luckily for me, there was a whoops price. So I got to buy it for RM85. Still mahal though...

Anyway, the only way I can cook a dish is to have it googled first. It somehow turned out well in the end though I overcooked it resulting it to be too chewy. The beer had no substitute. So I used plain water instead.

So basically, these were the ingredients I used. No specific amount. Everything just 'agak-agak'...

Pot - use a tall or wide one. Preferebly glass.
Butter - melt it in the pot
Onions and chopped garlic - sizzle everthing in
Any additional herbs or paste - I used this thai green paste
Water - google said to use beer which of course is a no-no for me. Anyone know of any supposed substitute?
Salt and sugar - according to taste

Boil everything and insert lobster.
Boil and boil. The lobster will change from blackish blue to red. After this, is up to you. If you overcook it, the meat will shrink inside the shell and become a bit tough to chew. Oh..and make sure you have he required tools to eat it. Incredibly messy this lobster stuff. I wrapped a hammer in plastic and used very tough scissors to cut through the shell. The broth is incredibly nice. Used it later as udon broth. =)