Monday, January 30, 2017

Resipi Kerabu Rumpai Laut (Sarang Burung Laut)

Ok...ni resipi untuk membuat kerabu rumpai laut. Jenis seaweed ni kalau direbus, akan jadi cecair. So ada orang buat sebagai masker, ada buat sebagai minuman kolagen. Untuk resipi ni, tak perlu guna dapur gas. Hanya perlu menyediakan:

1. Seaweed direndam semalaman (tak tau nama sebenar, so cakap je kat penjual nak yg boleh buat kolagen.)
2. Cili padi, Cili merah, Serbuk cili (lumatkan)
3. Carrot dan timun yg diracik halus.
4. Jus lemon
5. Udang kering yg direndam dan ditumbuk.
6. Bawang merah potong halus.
7. Garam
8. Gula
9. Black pepper

Takde sukatan. Korang just agak2 janji rasa sedap.
Campak-campak semua bahan.
Gaul-gaul.
Voila!!



Sunday, January 22, 2017

Yeob Bay Hotel Review


Nak cari tempat ni memang kena guna Google Maps. Jauh terceruk gak tempat ni. Lalu kelapa sawit kanan kiri. Sebiji bangunan 3 tingkat tepi pantai. Tapi ada lah beberapa inn dan hotel along the way kat area ni juga.

Stay: 21-22 Januari 2017
Bilik: Joint room, 4 katil single
Harga: rm235
Free breakfast.
Booking: Agoda

Receptionist is VERY welcoming and helpful.
Ada lif, jgn risau.
Nak seterika baju, ada ruang menggosok tiap tingkat kat luar bilik. Cuma takde tempat nak gantung baju lepas gosok.
Dalam bilik ada towel, air mineral, arah kiblat, quran, shower gel and shampoo, hanger dan tempat gantung baju kt dinding.
Ada tv.


Katil agak keras.
Aircond lambat sket nak berfungsi. So kalau sampai tume tgh hari or petang, mmg panas.
Tapi malam dah sejuk so ok je.
Bilik agak kecil. Lebih kurang mcm bilik Tune Hotel.
No Wifi. (T_T)
Line celcom plak level E. (T_T)
Dahlah xde wifi, pastu line senduuuu. Jogging pantai jelahh.
Pintu takde peephole.

Boleh nampak sunrise dari bilik. Lagi cantik kalau tengok dari level 3.
Nak jalan2 tepi pantai dekat je. Kalau nak tengok sunset, jalan ke pantai keluar dari gate.

Masa datang, restoran tak bukak. Nasib baik bawak bekal siap2 untuk dinner.
Esoknya breakfast ada roti bakar, meehoon, nasi lemak, onde2 batu, karipap, cereal.

Kalau bosan nak tgk movie or minum stabaks, boleh pergi Aeon. Dlm 10-15 menit dari Yeob.








Saturday, January 14, 2017

USS here we come!

Jika anda ke sini untuk baca tentang trip USS sahaja, sila skip ke Sabtu, 17 September 2016.

Dua tujuan utama datang ke Johor kali ni adalah:
1. Wedding member kat Felda Tenggaroh
2. US Singapore bebeh!

Teman kali ni adalah Syifak si penolong pengarah kanan.
Dahsyat gak research pasal trip ni. Yang cons-nya adalah public transport kat area Mersing kurang awesome. Asalnya nak bagi surprise kat kawan tu. Berminggu gak fikir nak turun mana dari KL.  

Terminal Mersing ke rumahnya (Felda Tenggaroh) ambil masa dalam 45+ minit.
Terminal Kota Tinggi ke rumahnya pulak ambil masa 50 minit. Last2 terpaksa tanya empunya diri...katanya suruh turun Simpang Tenggaroh. Dari situ 15 minit je ke rumah dia.

*Katanya if ambil bas ke Kota Tinggi pun boleh. Dari situ naik teksi atau bas tingtong ke Simpang Tenggaroh.
*If straight ke Terminal Mersing, itu adalah stop untuk orang2 yang nak ke Tioman.

Tapi sayaaang, pada hari kejadian..bas tak lalu Simpang tu. Dia guna jalan Muadzam.

Jumaat, 16 September 2016

Bas bertolak dari TBS ke Mersing 12.45pm
RM33.00 (Beli online guna catchthatbus.com)
Sampai Terminal Mersing pukul 6.00+/-pm

Malangnya bas yang kami naik lalu Muadzam plak, so tak lalu Simpang Tenggaroh tu.

Nasib baik dari Terminal Mersing ada kawan last minit ikut join so tumpang dia sekali.
Nak sejam jugak lah dari Terminal Mersing sampai masuk dalam Felda Timur 1 tu.
Sampai rumah pengantin pukul 8pm.
Sempat tgk kawan tu nikah. Tahniah HennyNenny!!
Malam tu tumpang tidur akak ipar pengantin.

Sabtu, 17 September 2016


Pagi tu temankan pengantin berzanji. Masing2 muka blurr. Adehh...sekali kena tanya dengan makcik2 situ..

"Kamu tak raptai ke?"

Sebab fail gile part berzanji pengantin. Walaupun dia tanya pengantin tapi kami kanan kiri pun terasa sekali. Aku pun time tu dah serius giler muka. Kut2lah kena panggil tetibe.
Hasil DPA...kalau dah kena suruh, buat je.
Yang penting...konfiden!

Sebab pengantin bersanding agak lewat - pukul 3.00pm, jadi kami tak sempat nak join sampai habis. Dalam tengah hari tu amek teksi ke Terminal Kota Tinggi.

Felda Tenggaroh- Kota Tinggi RM50.00

Sampai Kota Tinggi 50 minit kemudian, dari sini ada banyaaak bas ke JB.

Tips: JB ada dua (2) terminal utama

1) JB Sentral - ni stop utk org2 yang nak ke Singapore biasanya. Dia macam airport ada stabaks, locker room, bagai. Kalau nak kill time pun ada Shopping Complex (City Square) ala2 Nu Sentral within walking distance.
2) Terminal Larkin - Ni stop kalau nak ke tempat2 (TBS, Butterworth, Melaka, dll)

Bas Kota Tinggi - JB Sentral RM4.80

Sampai di JB sejam kemudian, kitorang lepak2 jap. Facilites kat JB memang terbaik. JB ni lagi KL dari KL (get it?). Memang maju dan moden. So sebab tu kitorang konfiden ada Uber area ni. heee~

Uber from JB Sentral to I-Leaf Hotel RM8.43

I-Leaf Hotel Review:
Betul2 bersebelahan dengan Tune Hotel. Normally kalau orang nak ke USS, agen memang akan suruh stay dekat2 kawasan ni. Satu jalan area ni ada beberapa hotel lain jugak tapi aku tengok rate i-leaf paling terbaik plus ada breakfst sekali.

Breakfast dia memang 2 jempol!! Sedap!
Bilik selesa cuma SANGAT bising waktu malam sebab dinding dia nipis sangat. Takde soundproof langsung.

Rate 17-19 September 2016, Queen Bed =RM182.46

Malam tu kitorang pergi berurut kaki dan badan kat Thai Imperial Massage.

Isnin, 18 September 2016

Pagi tu tapau breakfast sebab tak sempat makan situ. Makan dalam bas je. Pukul 7.50am dah gerak.

Kitorang amek pakej SyoknyaTravelUSS. Ni kawan kepada kawan yang rekemen. Dia kata bagus. Aku time tu pun tak sempat nak research pasal nak ke Singapore, so amek jelah pakej. Senang sikit. 

Tiket USS + Transport Return = RM220
Rate Singapore:
S$200 = rate 2.9 x 200

Sampai kat Terminal apa nama..kena turun untuk cop imigresen keluar dari Johor. Selang beberapa minit, turun untuk cop masuk ke Singapore. Sekejap je prosedur. Walllah! Dah masuk.

Mmg nicelah pemandangan kat Singapore ni. Bandar2 gitu. Sebab kanan kiri bangunan je, jadi bosan. So aku tidur smpailah tiba di USS.

Opening dia lambat sket. Pukul berapa aku lupa. Around 10am kut. Antara ride/show yang best dan memang perlu naik:

1. Transformers (pening sikit sebab ride banyak hentak2)
2. Mummy (ni bagi aku terbaik). Tapi maybe sebab ramai sangat naik so first time kitorng dtg rosak padahal dah beratur panjang dan tinggal berapa orang je depan kami. Beberapa jam kemudian datang balik sebab nak naik jugak.
3. Underwater World (sangat menarik! Jangan duduk depan sangat kalau tak basah kuyup. Ni korang kena peka dengan masa dia sebab ada slot masa tertentu.)
4. Rollercoaster (nampak best tapi aku tak naik sebab kecut. hahahh)
5. Banyak lagi best tapi tak sempat pergi semua sebab masa terhad dan asyik termiss slot diorng.

Banyak aku habis shopping sini.

Beli towel sampai 3 helai. Satu dalam S$25+/-
Mug S$13 for 2
Elmo pouch S$9 (kut)
Gambar kenangan dengan Transformers S$25

Pastu ada beberapa restoran Halal sini. Kitorng makan kat Friar's. Berapa total..lupa.

Bas datang amek pukul 7pm. Sebab along the way dia ambil orang2 yg dari Singapore ke JB, aku jadi konfius dan hampir sesat sebab ingat salah bas.

Overall, bestlah jugak datang sini. Datang dengan member sorang dua, tolong jana ekonomi negara orang lain. Lol.

Selasa, 19 September 2016

10.00am - Bas dari JB ke Terminal Bersepadu Selatan.

Tips:

1. Surau USS ada kat belakang area roller coaster. Kecil tapi selesa. Pastikan anda sama2 jaga kebersihan surau ini.
2. Air paip nak ambil wudhu agak kecil. So..bersabar jelah ye. Pastu make sure bawak telekung travel atau socks sebab praying veil tak disediakan.
3. Toilet yang ada bidet/hose hanya di stall paling hujuuung. Ada satu je. Ni untuk females lah. Lelaki aku tak tau.
4. Time ni lupa nak bawak sunblock. So, agak sunburn time tu sbb lupa cuaca singapore sama je dgn malaysia. Adehh.
5. Have fun!

Next time I plan to go on a food hunting spree. =D