Monday, April 13, 2015

Colmar Tropicale & Janda Baik

So my itinerary for last week are as follows:

Friday, 10 April 2015

6pm Balik kerja
8pm Haq and Nabila datang amek. Sampai ioi Putrajaya, makan dinner
Dumpling + Soup at Hong Kong stall, food junction = RM13

9pm Main Ice-scape RM25

10.30pm Pergi Ampang Viewpoint F.O.C

(Kat Ampang Viewpoint ni sepatutnya cantik. Tapi kawasan sekeliling yang penuh dengan sampah sarap buat aku kecewa. Kalau korang nak tengok view Kuala Lumpur pada waktu malam yang berchahaya, datanglah sini dengan geng2 korang).


Info:

1. Dumplings tu sedap sangat2. Mungkin takleh nak lawan mandu yang Song triplets makan, but it was gooood~ 
2. Ice-scape tutup pukul 10pm. Kitorang datang betul2 pukul 9pm. In turned out 1 hour of skating was more than enough to play. Sebab utama - tak hebat mana pun kitorng, so mmg penat gilalah lepas main, Terus lapar balik. Kaki pun kebas.
3. Kitorang tak sewa loker sebab nak jimat. Turns out you cannot bring your bags in the ice-rink. Nasib baik adik2 nabila ada datang. So dioranglah tukang jaga beg kitorang. (sorry adik2..)
4. Jangan lupa bawak stokin dan gloves sendiri. Beli kat Daiso je atau kedai rm2. Janji ada..
5. Nak pakai ice skating shoes tu kena bukak buckle dia yg kat tepi tu dulu. Pastu baru korang adjust ikut keselesaan. Pastu ketapkan balik buckle tu.
6. Masa kami pergi Ampang viewpoint tu, agak bosan. Memang kalahlah dgn Viewpoint kat Phuket. Tapi ni mungkin atas faktor checkpoint kedua telah tutup sepenuhnya.

Kami bermalam kat rumah sewa Haq kat Serdang.


Saturday, 11 April 2015

RM10 seorang untuk duit minyak
RM4.20 seorang duit tol

Pagi2 tu check-in dulu kat Nora's Lodge. Tempat ni mmg jalan sama untuk ke Colmar, Bukit Tinggi. Terus je dalam 3km lepas security checkpoint. Dalam 30m sebelum nak masuk akan nampak kanvas hijau sebelah kiri. Kanvas hijau menjadi inside joke kami sepanjang trip ni. Sebabnya, masa kak Nora tu bagi route, kitorang imagine kanvas hijau tu khemah ke...rupanya kanvas yg orang selalu guna untuk tutup bukit nak elak tanah runtuh. Lawak. 

Nak masuk ke tempat ni akan ada signboard besar Dusun Buah-buahan. Korang follow je signboard tulis Dusun Nora. Jangan salah belok plak, nanti kena kejar anjing. 

Chalet 1 katil queen + 1 katil single = RM130 satu malam

Kat sini kena hati2. Jalan bengkang bengkok dan agak mencabar bagi kereta bukan pacuan empat roda atau kancil enjin turbo. Gaung plak kat sebelah tu je. Masa nak keluar dari Nora kereta kitorang siap undur lagi sebab tak boleh naik bukit. Nasib baik abang apek kat belakang tolong (dia pun drive jauh gila jarak dgn kitorang). Dia suruh tukar Gear L then tekan minyak kuat sikit.

Entrance to Colmar Topicale = RM13 inclusive GST, parking, shuttle bus to Japanese Garden, Animal Park, Adventure Park, Golf course, etc.

Air ribena = RM4.30
Takoyaki sotong = RM5.50
Ice-cream Solero = =RM2

Kat Colmar semuanya mahal. MAHAL. Mahal, Mahal. Ada ke patut jagung pasar malam dalam cawan kecik tu 7 ringgit! Yelah2, aku fahaaam.. Nak bawak supply naik bukan senang. But still, nak cakap mahal gak. So, amaaatlah digalakkan untuk bawak bekal makanan. In fact, kira wajiblah korang bawak if you jenis yg cepat lapar macam kami. Kitorang bawak roti gardenia and scrambled eggs je. Kalau tau mahal macam ni, konfem aku dah masak pasta alfredo portobello.

Sebenarnya kitorang rancang nak tgk performance pukul 12pm tu. Tapi sbb kebetulan masa lalu stop shuttle bus tu dia sampai awal, so kitorang naik jelah Japanese Tea Garden tu.

Kat Japanese Village ni, nak masuk tea ceremony kena bayar RM28 dan sewa kimono plak RM20. Aku paling tak puas hati bayaran tea ceremony tu. I get it. This is a business. But if you truly cared for your customers, you would have made the tea ceremony FREE. Buatlah jadual gak. 

Contohnya macam kalau amek pakej Delta Mekong. Kalau pergi Bee Farm kat Ho Chi Minh, diorang akan bagi sample kecil minuman madu free sbb inclusive entrance fee. Pergi kampung buat gula2 kelapa akan diberi demonstration and sample. Lepas tu barulah diorang akan jual produk2 madu atau gula2 diorang. Takpun macam kat Gwanghwamun Palace. Setiap berapa jam akan ada Guard Changing Ceremony. Pastu masuk ada persembahan musik tradisional korea, gendang korea, etc. Tak perlu bayar. Sebab dah inclusive entrance fee.

Point is, they should give 'something' to the people who come. Penat kut daki walaupun pendek je jalan. Japanese tea ceremony is not something Malaysians are accustomed to. Give the experience. Then if you reaally want to sell something, sell lah the matcha tea used or chawan or chasen or chashaku..

Turun dari Japanese village dah dalam 1pm. Kami makan lunch bekal sandwich then lepak2 dulu. Pastu pukul 2pm lebih solat Zuhur. Surau dia lepas jambatan, sebelum pintu masuk. Kat area parking lvl 2. Kalau turun dari Hotel Gazania (depan stall popcorn) pun boleh. Sebenarnya surau ni bilik hotel tapi dievolusikan jadi tempat solat. 

Pukul 3.30pm Chinese acrobatic performance start. Menarik. Terhiburlah jugak tengok.

Lepas tu singgah Animal Farm naik kereta. Tak masuk pun sebab malas. Tempat ni just bagi makan arnab, guinea pig, and keldai. Masuk rm4.

Balik semula ke Nora.

Mandi, pastu order dinner kat Nora. Kat sini boleh order makan. Nanti akak tu masakkan.

Makan nasi goreng kampung x 3, teh o ais x 2, teh ais, telur mata x 3 = RM25 

Ahad, 12 April 2015

Free breakfast kat Nora. Makan meehon goreng, nasi goreng, air kopi, teh o panas.

Siap pakai baju mandi untuk ke Janda Baik.

Sebenarnya kat Janda Baik kitorang plan nak tubing. Entah mcmana orang yg jaga tu takde plak.
Pada hari ini jugak telah berlaku satu peristiwa cemas kat diri ini. Takmo cerita lagi..nantilah. heee

Tu je aktiviti minggu ini. Bye~

Disebabkan saya ni malas nak uplod gambar (almaklumlah internet macam siput centenarian) silakan readers semua baca blog kawan saya ni: blog nabila