Friday, November 20, 2015

See you next year!

So I suppose I should at least post something before going to Sabah. Remember the 2nd interview that I went through end of last year (2014)? Well, I passed and right now I’m going through a 10-month course. Alhamdulillah…6 months of academic modules has passed and now I’m preparing for the second leg of the game – 4 months of outdoor training. This part will consist of police, army, firefighter training, internship and several programs. The academic module was ookaaayy.. most of the subjects were what I had to go through during my degree years. So okay lah. Along the way, there were other activities that we had to do such as Sukan Rakyat, pementasan theatre (in which I took part in both of them as one of the lead actors), program dengan Ally Iskandar, etc, etc (banyak sangat, sampai tak ingat. rajin nanti i update).


So anyway, harini Jumaat 20 November 2015 I am still at aeon bukit tinggi. Changed my celcom plan from rm68 per month to rm48 per month. Same 3gb data plan and all. Since the same problem occurred – can’t use data and text messages, I had to format my vibe-x phone. Hopefully, they don’t charge too much. Duit dah banyak habis beli barang ke sabah. Drybaglah, pressure socks, dryfit tees, sunblock, army garters, asdfghkl…banyak weh.

Flight is this Sunday. Wish me luck! Bye Semenanjung!  

Wednesday, June 24, 2015

Drops of Youth & Lip Cheek Stick

Kali ni tersinggah KLIA2 pastu terbeli kat Body Shop. Pembelian kali ni adalah

1. Drops of Youth Concentrate 30ml    RM150
2. Lip & Cheek Velvet Stick                 RM70

Untuk yang drops of youth, salesman bernama Alan tu cakap, benda ni serum. Pakai lepas cuci muka, sbelum pakai moisturizer. Day and night pun boleh. Pastu disebabkan dia guna barang 100% organic, so sesuai untuk semua jenis kulit. Ok. Yang ni aku setuju sangat. Memang lepas pakai, takde pun rasa panas atau menggelupur muka. Tak berhaba macam pakai serum vegetal Yves Rocher & Faceshop core seed purifying essence. Effect dia pun agak cepat. Rasa jugaklah kulit macam halus2 and bersih. So far, aku puas hati dengan product ni.

Yang lip and cheek stick tu pun best. Normally klau pakai lipstick, bibir aku akan rasa panas klau bahan dia guna terlalu banyak chemical. Tapi pakai stick ni tak rasa pun. Boleh juga tenyeh kat pipi sebagai blusher. Nak apply pun senang dan warna tak pekat sangat. Just nice.

Verdict: I approve.

Tuesday, May 5, 2015

Siem Reap-Phnom Penh

AirAsia buat promo 20% dari 3 Mac sampai 8 Mac 2015. Tempoh kena travel dari 5 Mac hingga 12 July 2015. Memandangkan kami bukanlah golongan yang punyai masa yg terlalu lapang, kami bercadang untuk travel 30 April hingga 3 May. Waktu tu mmg semua org nak cuti. Sbb tu AA buat mahal sket untuk flight 30/4 berbanding 29/4 yang berharga RM99 je. Chaiit. Beza gila. (o.0).

Anyway, kali ni travel buddies aku terdiri daripada rakan Ohana 0206 iaitu si chelita Jelot Aisyah.

Aku agak stress time bayar flight. Kitorang beli asing sbb nak gerak dari Siem Reap and balik dari Pnhom Penh. Harga flight dah ok dah.. Ni yang cas berlebihan bagai. Kad kredit fees KLIA-Siem Reap RM16. Kad kredit fees dari Pnhom Penh-KLIA boleh plak RM46!! FIne. Macamtu aku pakai direct banking. Yang tu pun nak dekat RM11 fees dia. 

Harga Flight seorang plus tax bagai:

Flight KLIA2-Siem Reap = RM191
Flight Phnom Penh-KLIA2 = RM302
TOTAL = RM493 seorang return

I don't know why, but everytime I travel, ringgit Malaysia jatuh. Geram betul. Yang paling untung time pergi Vietnam je. Masa tu 1 juta dong=RM160. So.. rate tukar USD mmg tinggilah. Ni pun lagi satu aku tak puas hati. Motif sangat nak pakai duit amerikka? bukan diorang pengeluar minyak dunia pun..buat2 valuable sendiri. haisshh

rate 15 march RM3.70 = US$1
Tukar RM407 = $110
Pastu dari nabila ada $40, ayah aku $100, and kakak aku = $40
TOTAL = $290

Untuk penginapan kat sana, book kat Agoda je guna kredit kad.

2 hari satu malam kat Siem Reap, kami stay kat Palm Garden Lodge. 
Bilik nombor 208 katil twin dengan kipas.
Total = RM60.64

Dekat Pnohm Penh stay 1 malam kat Pich Guesthouse. 
Standard room dengan kipas. Bilik nombor 24 (tingkat 4 wehh)..
Total = RM34.79

Verdict: 
1. Gila panas dan bahang bilik kat Palm Garden tu. Memang aku nasihatkan jangan stay kat sini kalau korang jenis tak tahan suhu tinggi. Kitorang amek sbb murah. Kalau nak stay jugak korang kena amek yang aircond kut sebab dahla macam sauna, pastu bau kepam. Stress lah..

2. Bilik yang kat Pich Guesthouse tu ok. Amat disyorkan. Walaupun kipas dinding ada satu je, tapi sejuk. Tuala dan sabun disediakan. Shower air panas pun ada. Yang ni berbaloi. Yang kat Palm tu takde sabun. Bagi tuala je.

DAY 1 - 30 April 2015

Sampai je airport Siem Reap dalam pukul 7.15am waktu Kemboja, tukar $10 dapat 38,000 riel. Pastu cari tuktuk. Kena jalan sikit ke depan sebab diorang takleh masuk. Disebabkan time tu tak buat booking beforehand dengan driver yg boleh cakap malay dan tak beli pun simkad lagi, kitorng amek je yg dekat airport.
Ok, sila jangan ingat kami memilih atau rasis ke apa nak yang tau cakap malay je. Tujuannya adalah untuk mengelakkan salah faham which actually happened to us. Sure they can speak English as well but the miscommunication still occurred. So we'd rather find a driver that could either speak fluent english or malay.

Our first tuktuk driver was V (lets just call him that). Mula2 dia caj gila tinggi. Last2 we settled for $20 per tuktuk. Memang mahal lah tapi nak buat macamana. Disebabkan kos pengangkutan nilah kitorang jadi lari bajet. Nasib baik aku ada bawak duit backup.

Destinasi pertama kami adalah ke War Museum. Dekat je museum ni dengan airport. Sambil tu ada lalu Cultural Village tapi kitorang tak pergi pun. Rugi plak bila fikir balik..

Entry War Museum = $5
Postcard sekeping = $1.50
Mineral water = $2

Nampak tak? Nampak tak harga mengarut di situ? Tak masuk akal harga diorang sebab guna dolar US. Tu yang buat aku kurang puas hati disitu.Tapi mungkin kalau beli kat kedai runcit (bukan kat tourist spot) harga akan rendah sikit. Sikit jelaah..

Kat War museum ni kita boleh lihat senjata2 dan kenderaan yang digunakan masa perang dulu. Museum ni terbuka jadi..tempat ni panaslah bila dah start nak tengah hari tu. Sila pakai sun-block.





Lepas War Musuem kami ke hotel untuk letak beg. Dia tak bagi check-in dulu sebab belum pukul 11.30am. So kitorang ke destinasi kedua iaitu Tasik Tonle Sap. Perjalanan dari hotel kami ke tasik dalam 40 minit. Free massage sepanjang jalan. Jalan pun berdebu gila. Aku dah catit dah nak bawak mask tapi lupa. So kalau korang datang sini sila bawak mask. Kalau bawak anak kecik pun rasanya kurang sesuai kalau naik tuktuk sebab tak berapa selamat dan tak selesa. 

Sampai kat tasik ni panas gila. Kitorang hampir tak masuk sebab harga tiket $25!! Gilaa mahal. Dari luar pun tengok macam tak berbaloi. Yes. We are that kedekut. Fikir punya fikir..lepas merayu pun dia taknak kurangkan kami pun patah balik ke tuktuk. Sebab rasa tak berbaloi langsung.

"Why so quick?" tanya V.

"Too expensive" jawab kami.

"You give me $30. I help you buy tickets", kata V.

Kami pun bagilah duit dan dia keluar dengan dua keping tiket. Huh. Boleh je pun..Tapi kami diberitahu harga tiket tak merangkumi semua. Ok Takpe..

Debu-debu dosa? =P

Orphanage School

Crocodile Farm


Verdict: Tonle Sap tour ni TIDAK berbaloi bagi kami kerana kami datang waktu low season. Maka, paras air sangat rendah dan tasik memang TAK cantik masa ni (kalau macam tu nape letak mahal sangat?).. 
Kami pergi orphanage dan crocodile farm je. Dia akan bawa kita juga ke kedai runcit komuniti. Kat sini kalau korang nak sumbang beras boleh beli kat kedai komuniti ni. Nanti akan dibawa ke orphanage school dimana kanak2 yang kehilangan ibu bapa sewaktu banjir 2011 tinggal dan belajar disini.

Tonle Sap tour fee = $15
Kongsi sumbang beras = $30 sekampit
Beli teh Kemboja = $1 x 3
Air mineral = 3000 riel
Air honey lemon = $1
Simkad 4G dengan internet $15 dan calling $2 = $9

Kalau nak pergi Tonle Sap sila pergi waktu musim hujan. Kalau datang waktu kering, gantikan itinerari dengan pergi ke Cultural Village. Lepas tu kami pergi solat dan makan kat Muslim Family restaurant belakang Masjid Neak Mah. 

Kat sini kami jumpa dengan ustaz yang fasih cakap Melayu sebab dia dulu belajar kat Penang. Amat disarankan kalau korang nak datang sini bawaklah sumbangan kitab fiqah ke, iqra' ke..atau apa2 yang boleh tolong kanak2 kat sini belajar agama. 

Lunch = $11

Sedap sesangat menu Lembu naik bukit kat sini. Nasi pun bagi banyak gila..air kelapa pun sejuk je. Nikmat sungguh. Kat sini kami tanya owner (cucu Haji Musa) ada tak tuktuk driver yg boleh cakap malay (sebab dah berlaku salah faham dgn V dah pun waktu ni). Dia pun bagi nombor kawan dia iaitu Nasir atau nama Facebook 'Ravy Bo'. Ni bukan Nasir Dahlan. Ni Nasir lain..lupa plak nak amek contact number dia.

Dari restoran ke hotel naik tuktuk sebab V tak dapat nak amek = $2

DAY 2 - 1 MAY 2015

Pagi2 pukul 5.15am Nasir datang untuk bawa kami ke Angkor Wat. Tak sempat tengok sunrise sebab beli tiket lambat (V punya pasalla ni)..

Sampai je pintu depan matahari dah start naik. 






Disebabkan Angkor Wat ni Unesco heritage dan tempat untuk dilawat ni pun memang besar, maka berbaloilah bayar US$20 untuk entry sehari suntuk. Memang besar sangat kawasan temple ni. Kitorng cover 3 tempat je sebab tak larat. Lagipun Nasir pun nak kena solat Jumaat. Mula2 ingatkan nak sambung datang balik lepas solat Jumaat tu tapi macam krikk krikk. Cukuplah cover Angkor Wat, Bayon temple, dan Ta Prohm. Cuaca pun panas bahang kering kontang. Air yang dibawa tak mencukupi. Separuh mati aku masa tu. Dehydrated habiss.


Tips: 

1. Masa kami datang awal pagi tu dah ramai dah sampai untuk tengok sunrise. So sila beli tiket siap2 petang sebelum tu. Masuk free if beli tiket after 5.30pm rasanya.

2. Bawak mask, sun-block, dan air secukupnya. Ni untuk cuaca bulan May. Kalau datang musim hujan maka korang kena bawak payunglah.. Kaji cuaca sebelum datang.

3. Kosongkan memory phone. Nanti tak muat memandangkan kadar selfie rakyat Malaysia 30 klik sesaat. Hee..gurau je.

4. Kat sini ada ramai budak2 jual souvenir. Yang tak boleh blah kan..kat Angkor budak tu jual buku $1 je. Ye..satu dolar. Tapi sampai kat luar, ada budak lain jual buku yang sama dengan harga $15!! Beza gila harga. So benda2 ni bergantung kepada pengalaman dan kebolehan menawar korang. Tapi tak perlulah sampai nak maki budak tu ke apa.. Terserah nak beli tak.

Angkor entrance fee = $20
Postcard x 10 = $1 (ni berbaloi beli)
Air mineral botol besar, kecik, dan redbull = 10,000 riel
Flute buluh = $1
Pouch kecil x 4 = $4
Keychain = $2

Balik hotel, rehat dan tunggu Nasir habis solat Jumaat. Dia bawak kitorng pergi lunch kat Muslim Family restaurant semalam tu lagi. Lepas makan kitorang prgi shopping kat Old Market, urut badan, then ke Night Market.

Lunch 2 orang = $8
T-shirt x 3 = $6
T-shirt x 2 = $2
Rencah (saffron spice) x 3 = $2 
Air kelapa bakar = 50 cents
Redbull = $1
Full oil body massage = $9 untuk 1 jam (yang ni sangat murah!)
Seluar pantai = $3
Magnet + baju = $5

Tuktuk Nasir = $20 full day


Tips:

Kalau nak shopping souvenir tshirt atau magnet, dinasihatkan beli kat Night Market sebab boleh dapat jauuh lebih murah. 
Kawan aku beli pouch jogging daripada $15 boleh tawar sampai $3! T-shirt yang sama berharga $7 kat Old Market boleh dapat $2 kat Night Market. Tapi kena bijak menawarlah.


DAY 3 - 2 MAY 2015

Pagi2 pukul 7.30am kami diambil depan hotel untuk bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Pnhom Penh. Apa yang aku nak kata..walaupun diorang kata nanti naik van barulah..selesalah..hakikatnya itu kepercayaan karut. Auta semua tu. Sebenarnya aku dah agak dah konfirm dapat van macam haremm..memang betul. Haih..redha jelah. Maka bermulalah perjalanan seksa sepanjang 7 jam kami untuk ke Pnhom Penh. 
Sepanjang jalan berhenti 2-3 untuk rehat dan buang air. Makan minum mmg mahal sepanjang area ni.

Kitorang dah deal dah tuktuk driver kat sana nama Zahri Ghani nanti dia bawakan kami. Zahri ni geng BBM gak. Orang Kemboja yang fasih cakap melayu sebab dia pernah tinggal kat Johor. 
Disebabkan salah faham last stop untuk sampai, maka kitorang tertunggu Zahri dalam sejam jugaklah. Sebab dia call tour agent kata kami turun tempat lain, tu yang sampai tak jumpa. Nasib baik kami beli simkad so bolehlah calling calling..Dia dtg dgn abang ipar dia nama Hanafi.

Untuk lunch kami ke restoran Gulai. Memaang terbaik masakan sini. Selera sungguh kitorang makan. Restoran ni siap ada surau lagi tau. Memang korang kena singgah makan sinilah kalau datang Pnhom Penh.

Aiskrim cekikdarahtapibelijugak = $1.50
Redbull = $1
Pisang 1 sikat = 3000riel
air aloe vera = $1.50

Restoran Gulai = $6 buffet lunch

Rupa-rupanya Pich Guesthouse dekat gila dengan restoran Gulai ni. Boleh jalan kaki. Kitorang rehat, solat, buang air semua..then jumpa balik Hanafi. Petang tu dia bawak kitorang jalan2 kat bandar dan Kg ChongKoh then lepak minum air tebu tebu sungai. 
Kg.ChongKoh ni agak daif. Dia kampung kecil orang Islam Kemboja yang tinggal atas sampan. Bila musim hujan, rumah diorang a.k.a sampan2 ni akan naik dan bergerak ke tebing. Antara dua darjat gila sebab sebelah sungai kg ni je ada hotel mewah. Kalau korang datang sini, bolehlah sumbang beras ke..baju, atau wang.
Kat kawasan ni juga, depan pagoda ada ramai orang Islam jual makanan. Malangnya kitorang kenyang gila lepas makan kat Gulai so tak dapat nak rasa laksa diorang. =(

Bubur ayam = 4000 riel
Air tebu = 1000 riel









Balik tu...kemas2 sebab esok dah nak balik. Tapinaktivit esok pergi Killing Fields and Tuol Sleng.


DAY 4 - 3 MAY 2015

Pagi2 pukul 9am tu Hanafi bawak kitorang breakfast kat restoran halal. Lupa nama apa.. Pastu kami gerak ke destinasi seterusnya iaitu Killing Fields dan Tuol Sleng. Fuuuhh...tak tau nak cerita macam mana pasal Killing Fields ni. Dahsyat. Beribu-ribu orang mati for the sake of a communist ideology. Memang Kesian. Kat sini korang akan rasa betapa bersyukurnya jadi rakyat Malaysia. Betapa pemimpin kita pada masa lalu begitu bijaksana dan bertanggungjawab. Betapa kita harus bersatu padu dalam memastikan kedaulatan negara bersama2. 

Total breakfast = 21500 riel
Entry Killing Fields = $3
Audio Killing Fields = $3 
(Kitorang amek satu audio je pastu kongsi sebab ada dua tempat cucuk earphone. =D)

Entry Tuol Sleng = $3 (free kalau tunjuk student kad)

Kat tuol sleng takleh amek gambar. Sini pun dahsyat. Memang tak dapat digambarkan kekejaman yang berlaku masa tu. Baru je lagi pun. Dalam 30 tahun lalu. Sadis betul si Pol Pot..sanggup bunuh orang dia sendiri.

Lepas lawat dua tempat tu, kami pergi solat kat masjid Pnhom penh, then lunch. 

Total Lunch = $11
Tuktuk Hanafi = $35

Flight kami pukul 4.30pm..kami tiba dalam sejam setengah lebih awal. Overall memang menarik travel ke Kemboja. Apa yang kurang menarik adalah cost of living yang agak tinggi disamping penggunaan matawang dolar. Kemudian cuaca waktu tu agak bahang so kalau korang datang time2 macam ni memang kena prepare bawak air banyak2. 


Dari atas: contact Palm Garden Lodge, Zahri Pnohm Penh, Hanafi Pnohm Penh



Till then..cheerios!

Monday, April 13, 2015

Colmar Tropicale & Janda Baik

So my itinerary for last week are as follows:

Friday, 10 April 2015

6pm Balik kerja
8pm Haq and Nabila datang amek. Sampai ioi Putrajaya, makan dinner
Dumpling + Soup at Hong Kong stall, food junction = RM13

9pm Main Ice-scape RM25

10.30pm Pergi Ampang Viewpoint F.O.C

(Kat Ampang Viewpoint ni sepatutnya cantik. Tapi kawasan sekeliling yang penuh dengan sampah sarap buat aku kecewa. Kalau korang nak tengok view Kuala Lumpur pada waktu malam yang berchahaya, datanglah sini dengan geng2 korang).


Info:

1. Dumplings tu sedap sangat2. Mungkin takleh nak lawan mandu yang Song triplets makan, but it was gooood~ 
2. Ice-scape tutup pukul 10pm. Kitorang datang betul2 pukul 9pm. In turned out 1 hour of skating was more than enough to play. Sebab utama - tak hebat mana pun kitorng, so mmg penat gilalah lepas main, Terus lapar balik. Kaki pun kebas.
3. Kitorang tak sewa loker sebab nak jimat. Turns out you cannot bring your bags in the ice-rink. Nasib baik adik2 nabila ada datang. So dioranglah tukang jaga beg kitorang. (sorry adik2..)
4. Jangan lupa bawak stokin dan gloves sendiri. Beli kat Daiso je atau kedai rm2. Janji ada..
5. Nak pakai ice skating shoes tu kena bukak buckle dia yg kat tepi tu dulu. Pastu baru korang adjust ikut keselesaan. Pastu ketapkan balik buckle tu.
6. Masa kami pergi Ampang viewpoint tu, agak bosan. Memang kalahlah dgn Viewpoint kat Phuket. Tapi ni mungkin atas faktor checkpoint kedua telah tutup sepenuhnya.

Kami bermalam kat rumah sewa Haq kat Serdang.


Saturday, 11 April 2015

RM10 seorang untuk duit minyak
RM4.20 seorang duit tol

Pagi2 tu check-in dulu kat Nora's Lodge. Tempat ni mmg jalan sama untuk ke Colmar, Bukit Tinggi. Terus je dalam 3km lepas security checkpoint. Dalam 30m sebelum nak masuk akan nampak kanvas hijau sebelah kiri. Kanvas hijau menjadi inside joke kami sepanjang trip ni. Sebabnya, masa kak Nora tu bagi route, kitorang imagine kanvas hijau tu khemah ke...rupanya kanvas yg orang selalu guna untuk tutup bukit nak elak tanah runtuh. Lawak. 

Nak masuk ke tempat ni akan ada signboard besar Dusun Buah-buahan. Korang follow je signboard tulis Dusun Nora. Jangan salah belok plak, nanti kena kejar anjing. 

Chalet 1 katil queen + 1 katil single = RM130 satu malam

Kat sini kena hati2. Jalan bengkang bengkok dan agak mencabar bagi kereta bukan pacuan empat roda atau kancil enjin turbo. Gaung plak kat sebelah tu je. Masa nak keluar dari Nora kereta kitorang siap undur lagi sebab tak boleh naik bukit. Nasib baik abang apek kat belakang tolong (dia pun drive jauh gila jarak dgn kitorang). Dia suruh tukar Gear L then tekan minyak kuat sikit.

Entrance to Colmar Topicale = RM13 inclusive GST, parking, shuttle bus to Japanese Garden, Animal Park, Adventure Park, Golf course, etc.

Air ribena = RM4.30
Takoyaki sotong = RM5.50
Ice-cream Solero = =RM2

Kat Colmar semuanya mahal. MAHAL. Mahal, Mahal. Ada ke patut jagung pasar malam dalam cawan kecik tu 7 ringgit! Yelah2, aku fahaaam.. Nak bawak supply naik bukan senang. But still, nak cakap mahal gak. So, amaaatlah digalakkan untuk bawak bekal makanan. In fact, kira wajiblah korang bawak if you jenis yg cepat lapar macam kami. Kitorang bawak roti gardenia and scrambled eggs je. Kalau tau mahal macam ni, konfem aku dah masak pasta alfredo portobello.

Sebenarnya kitorang rancang nak tgk performance pukul 12pm tu. Tapi sbb kebetulan masa lalu stop shuttle bus tu dia sampai awal, so kitorang naik jelah Japanese Tea Garden tu.

Kat Japanese Village ni, nak masuk tea ceremony kena bayar RM28 dan sewa kimono plak RM20. Aku paling tak puas hati bayaran tea ceremony tu. I get it. This is a business. But if you truly cared for your customers, you would have made the tea ceremony FREE. Buatlah jadual gak. 

Contohnya macam kalau amek pakej Delta Mekong. Kalau pergi Bee Farm kat Ho Chi Minh, diorang akan bagi sample kecil minuman madu free sbb inclusive entrance fee. Pergi kampung buat gula2 kelapa akan diberi demonstration and sample. Lepas tu barulah diorang akan jual produk2 madu atau gula2 diorang. Takpun macam kat Gwanghwamun Palace. Setiap berapa jam akan ada Guard Changing Ceremony. Pastu masuk ada persembahan musik tradisional korea, gendang korea, etc. Tak perlu bayar. Sebab dah inclusive entrance fee.

Point is, they should give 'something' to the people who come. Penat kut daki walaupun pendek je jalan. Japanese tea ceremony is not something Malaysians are accustomed to. Give the experience. Then if you reaally want to sell something, sell lah the matcha tea used or chawan or chasen or chashaku..

Turun dari Japanese village dah dalam 1pm. Kami makan lunch bekal sandwich then lepak2 dulu. Pastu pukul 2pm lebih solat Zuhur. Surau dia lepas jambatan, sebelum pintu masuk. Kat area parking lvl 2. Kalau turun dari Hotel Gazania (depan stall popcorn) pun boleh. Sebenarnya surau ni bilik hotel tapi dievolusikan jadi tempat solat. 

Pukul 3.30pm Chinese acrobatic performance start. Menarik. Terhiburlah jugak tengok.

Lepas tu singgah Animal Farm naik kereta. Tak masuk pun sebab malas. Tempat ni just bagi makan arnab, guinea pig, and keldai. Masuk rm4.

Balik semula ke Nora.

Mandi, pastu order dinner kat Nora. Kat sini boleh order makan. Nanti akak tu masakkan.

Makan nasi goreng kampung x 3, teh o ais x 2, teh ais, telur mata x 3 = RM25 

Ahad, 12 April 2015

Free breakfast kat Nora. Makan meehon goreng, nasi goreng, air kopi, teh o panas.

Siap pakai baju mandi untuk ke Janda Baik.

Sebenarnya kat Janda Baik kitorang plan nak tubing. Entah mcmana orang yg jaga tu takde plak.
Pada hari ini jugak telah berlaku satu peristiwa cemas kat diri ini. Takmo cerita lagi..nantilah. heee

Tu je aktiviti minggu ini. Bye~

Disebabkan saya ni malas nak uplod gambar (almaklumlah internet macam siput centenarian) silakan readers semua baca blog kawan saya ni: blog nabila 

Sunday, March 22, 2015

Langkawi 2015


Tak pernah pergi LIMA Langkawi. Pergi Langkawi pun sekali je. Masa tu lepas habis Matrikulasi kat Changlun. So ayah aku belanja jalan2 pergi Langkawi. Best. 

But lately, macam2 review negatif dengar daripada locals yang pergi Langkawi. Katanya layanan tak sama dengan mat saleh yang datang. Locals datang mcm hambar je. Tp kalau mat salleh...kemain lagi sembah dijunjung - katanya.

But for the trip I went there, everything went just fine. Takde apa yg teruk or bad memories pun. Seronok. Sebenarnya, motif asal kami pergi adalah untuk tengok LIMA. Tetibe last minit, member tunjuk tour mangrove kat Kilim Geoforest Park. Terus tukar iti.

Travel buddy Langkawi adalah Cik Ofismate Classmate Feditlicious (^_^).

Tiket return flight KLIA2-Langkawi = RM194 (mahal sebab musim cuti sekolah and ada event)

Masa beli aku lambat satu saat. So fedit dapat beli dgn harga RM174 return. Demmm..

Putrajaya Sentral to KLIA2 = RM4.30 (guna kad siswa)
Jajan at KK Mart KLIA2 = RM5

Kami menginap kat Sunshine Kuala Teriang Guest House. 
2 malam untuk 2 orang = RM80

Review guesthouse:

1. Tempat ni satu jalan je dengan Dewan Orang Ramai Kuala Teriang, Balai Polis Kuala Teriang, dan klinik desa. Kalau tak jumpa guesthouse ni, bagitau je pakcik teksi tempat2 ni. Dah kira sampai dah sebab walking distance.

2. Kitorang book standard room with attached bathroom dari Agoda. Tetiba bila sampai sana, dia kata Agoda yang silap. Bilik sebenar takde bilik air. Bilik air ada satu je jenis kongsi kat bawah. Fine. Marah gak tapi dah nak buat macamana...

3. To me, guesthouse ni hanya sesuai bagi solo travellers and backpackers. Tak sesuai untuk family guests with small children or senior citizens. Sebab nak naik bilik atas tu, curam giler tangga dia. Aku yg sihat ni pun kena turun tangga slow and steady sbb curam.

4. Bilik atas bila tengah hari hingga petang, panaaass gila. Langkawi masa kami sampai memang panas yg amat2. Memang sauna lah dalam bilik tu lepas balik dari jalan2 petang tu. Tapi malam ok je. Sejuk..

Sampai je airport kami cari pakej tour untuk ke Kilim Geopark.

Kilim Geopark Mangrove Tour = RM70 seorang (4 jam)

Kami ke guesthouse ni naik teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Kecik je airport ni. Kat area Padang Matsirat. Patutnya sampai dalam 7.30pm..tapi flight delay. So sampai 8.15pm lebih. Rate teksi kat sini dah fixed. Kalau nasib baik dapatlah prebet sapu murah. Tapi kami guna khidmat teksi je. Kalau ramai boleh bahagi kos.

Marrybrown = RM11.80
Tambang teksi dari Lapangan Terbang ke Sunshine Kuala Teriang Guesthouse = RM18

Day 2_20 Mac 2015

Breakfast roti canai & milo ais = RM3.40

Pukul 9am ada pakcik amek kami dari guesthouse ke Jeti Tanjung Rhu.

Kacang and air = RM4.50

Pukul 10am tour guide kami nama Saiful bawak masuk dalam bot. Bot yg kami naik jenis sharing, so macam2 oranglah ada sekali. Ada dari Yaman, China, negara orang putih mana ntah, dan kami gadis Malaysia! hiks.

Menyusuri sungai pokok bakau

Dalam gua kelawar

Baju hijau tu tourist guide kami yg penuh experience and knowledge. Saiful namanya..



Kalau korang nak bot private taknak kongsi pun boleh. Yang penting hulurkan sahaja...

Review Mangrove Geopark Tour:

1. Memang best! I approve. Kami bernasib baik kerana pemandu pelancong kami yang bernama Saiful memang berpengalaman dan penuh informasi. Banyak aku belajar dari tour ni.

2. Mula2 dia bawak kami tengok monyet, pastu pergi kawasan eagle feeding, menyusuri sungai bakau, singgah sangkar ikan, masuk gua kelawar, pergi gua Cherita (yang ni pergi jauh sikit masuk area laut), free lunch kat sangkar ikan lain, pastu pulang semula jeti.

3. Kalau korang jenis nature lover and tak mabuk air, sila cuba tour ni. worth your money. If pandai dapat murah, just grab it.

4. Dekat sangkar ikan area Sg.Kilim tu aku dah start lapar. Walaupun ada free lunch pkul 2pm tu, tapi aku tak tahan. So belilah something. Mahal gila wehh..Tapi considering tempat tu susah nak hantar bahan mentah, sebab tu kut harga melambung2..=(

Sotong goreng celop tepung dan kolestrol = RM17
Oren jus perah = RM8 
Kentang goreng = RM8

Dari Jeti Tanjung Rhu dah ada orang tunggu kami untuk dibawa ke Pekan Kuah. Kitorang deal dengan kak Zeti tu suruh bawak kami ke situ sebab nak amek motor sewa. Transport pergi balik memang disediakan dalam pakej ni. Cakap je nak pergi mana dgn kak zeti.

Motor sewa satu hari + deposit = RM45 + RM5

Sewa motor paling murah sebenarnya boleh dapat RM30 kalau pandai nego. Kitorang sewa dari Kuah sebab member dah buat booking awal2. Time tu taktau Kuah jauh ke tak. Tapi sebab dah bayar, belasah jelah. Lagipun Wan yang uruskan deal ni baik orangnya. Kuah ke Kuala Teriang pun dalam 25 minit. Normally if suruh amek dari airport dia akan cas RM20. Tapi untuk kitorang dia tak amek cas pun time nak pulangkan. Just deposit tu amek buat upah minyak.

Singgah beli minyak gamad, bam serai, teh peria, masker lulur = RM36
Petrol = RM6

Malam tu singgah lagi Pekan Kuah. Beli ceklat. Tak beli coklat Langkawi tak sah uolls.

Coklatsss = RM182.40 (Hamek kauu!!) 

Dinner tomyam + nasi + Laici ais = RM10
Air mineral = RM1.20
Eno Halia = RM2

Day 3_21 Mac 2015

Hari terakhir di Langkawi.. Bangun pagi, checkout pkul 9am, breakfast pastu gerak pergi Mahsuri Exhibition Centre. MIEC ni sebelah airport je. Tapi disarankan sewa motor sebab memang jauhlah kalau nak jalan kaki.

Breakfast = RM4
Entrance LIMA = RM10 (mahal gak eh)

Start boleh masuk LIMA pkul 10am. Masuk je, show udara dah mula. Mmg kuat gila bunyi so disarankan pakai earplugs especially if you bring your little tots along. Menarik juga LIMA ni. Ada pertunjukan jet, pameran kapal terbang perang n jet pejuang dari pelbagai negara dan...abang soldier yg sado. Hiks.



Kami stay sejam je tapi itupun rasa dah cukup. Kiranya impian nak rasa LIMA tu terlaksanalah. Anda2 diluar sana yg tak pernah tgk LIMA, cubalah at least sekali seumur hidup. Dua kali setahun je diorang buat.
Pukul 11am tu pulangkan motor. Janji dgn Wan dia datang amek motor kat airport. Pastu terus masuk tunggu flight kul 12.45pm..

Tu je untuk trip Langkawi kami....Babaiii! Pasni nak ke mana pulak eh..

~~ . ~~  ~~
Shh don't tell anyone 🤫 I'm using BigPay and it's amazing!

When you travel, you only pay the actual exchange rate (same or better than XE). Plus, you save money on AirAsia flights and earn BIG Points.

Sign up now - it's free. Use my referral code and we'll both get RM10 when you sign up!

My referral code:
TBBDLJXIYR

Friday, February 20, 2015

Hatyai-Phuket-PhiPhi-Krabi

Kali ni entry kos untuk percutian ke Thailand dari 14 hingga 19 Feb 2015. Ikutkan hati nak je sampai 21 Feb tapi nak buat macamana...AA pandai kasi murah nak bagi penuh flight pagi 19 hb tuuu..

Ok, so kali ni pergi 6 orang anak dara pingitan. Salah seorang dari kami hampir bertemu jodoh, apakan daya, beliau menolaknya. Hahaaa..

Flight Kul-Hatyai termasuk luggage pergi 25kg + makan
Flight Krabi-Kul termasuk luggage 20kg+25kg

= rm221.50 seorang

Tambang boleh je dapat murah, tapi aku jenis xnak amek risiko kalau terlebih baggage..nanti xnak beli luggage punya pasal, kena bayar excess fees plak. Lagi satu style kitorng, wajib makan Nasi Lemak Pak Nasser tu. Heee.. Kalau tak amek luggage and makan boleh je dapat bawah 200.

Lagipun, kami ni lebih kepada flashpacker daripada backpacker tegar. =D

Masa kami pergi rate 100 baht = RM11.20

Sedih sungguh. Padahal sebelum tu pernah usha2 tak pernah lepas 11 rengget. Agak malang kitorang dapat rate mcm tu..

Day 1 14022015

Tiba di airport Hatyai, amek van atau teksi. Rate paling standard utk ke town adalah 100Baht seorang. Mintak turun depan hotel. Hotel kami book dari Agoda namanya Laemthong Hotel. Amat dekat dgn Hatyai Station. Terus je dari stesen. Hotel ni ok je. Tapi bising gila malam2 dgn mat rempit and hon kete. Pastu roommate aku allergic debu so dia mcm gatal2 sket. Tapi aku ok je. So ikut koranglah. Dapat tuala n sabun. Kipas kecik gila tp sejuk. Mandi takde air panas. Overall aku bagi 2 bintang.

Airport transport = 100B seorang
Laemthong Hotel = bilik katil double standard x 3 = rm149.25/6 (bayar thru Agoda)
So seorang dalam rm25 satu malam.

Sampai je check-in, tukar duit (rate rm100 = 900baht), pastu cari tuktuk nak ke Klonghae floating market. Disarankan amek tuktuk return. Diorang akan tunggu nanti sampai korang habes menepukan perut masing-masing. Perjalanan dalam 10-15 minit. Kat sini ada surau tapi kami x pergi tengok sbb dah siap2 solat lepas check-in. 

Tuktuk sehala = 30baht
Tuktuk dua hala = 50baht

Tapi sbb kitorng tak yakin dgn dia, amek tuktuk sehala. So baliknya terpaksa amek yg mahal sbb yg murah xde. 

Tuktuk balik = 200baht/6

Kos kat floating market:

toilet = 5baht
air kelapa dalam buluh = 20baht x 2
jagung rebus = 25baht
penkek telur = 10baht
keychain kayu comel boleh tulis nama = 100baht/4 = 25baht seorang
sedekah = xxxx baht


Sesi kecelaruan menu..


Air kelapa yg menyegarkan..nikmat sungguh


Yang sedekah tu cerita klako sikit. Aku sebenarnya nak bagi xxxbaht, tp konfius punya pasal nilai matawang diorang hari pertama, terbagi xxxxbaht. Takpe, saya redha. Moga digunakan sebaiknya wang itu. =)

Lepas pergi floating market, kami turun ke Lee Gardens Plaza. Kat sini nak masuk shopping centre tu kena body scan tuu..rentetan kes kena bom dulu kut.

4 x keychain kayu comel (lagi) = 100b
dreamcatcher = 100baht
udang besar (dapnyeee) x 4 = 100baht
pulut mangga = 50baht
milo = 13baht
makan tak sedap. (kedai apa lupa) = 80baht

Kawasan Lee Plaza tu mmg banyak tempat shopping. Kalau jalan lebih sikit, ada Pink Lady Market, Kimyoung market, night hawker road, etc. Korang gunalah peta nanti. Jalan2 area situ jumpa Mee Mee Tour untuk bincang transport esoknya sebab plan esok nak ke Phuket. Tapi sbb kitorng tak book hotel bermalam, kitorng cadang nak bermalam dalam van. So lepas bermesyuarat, kitorng book 1 day tour + transport to Phuket.

Total 1 day tour Hatyai + Phuket journey = 7300baht/6

Disini anda mungkin dapat lihat kami membayar nak dekat rm125 seorang which is actually wayy over the budget kerana standard hatyai ke phuket dalam rm30. Tapi harus ingat kami bergerak waktu malam dalam van 10 seater naik 6 orang. So kira lebih kuranglah untuk nilai bermalam, day tour, and perjalanan malam. Agen tu pun cakap kalau nak murah geraklah pagi. Kalau kami gigih sikit mungkin boleh dapat lagi murah.


Day 2 15022015

So, esoknya checkout pukul 10am. Masih ingat 1 day tour yg kami book semalam? Ini termasuklah untuk ke Hatyai Ice dome, Songkhla Central Mosque, Magic eye Museum, pasar plus uptown kat Greenway market. Teruja gila naik van ala2 group kpop. Memang berbaloi jugaklah. Tapi yg x bestnya diorang tukar van yg nak ke Phuket. Hampeh tul. dahla drebar day tour tu comel. Nom namanya...Dia amek kat Hotel and bawak ke tempat2 yg telah disepakati bersana, So kitorng memang tinggalkan beg sepanjang day tour tu dalam van. 

First stop ice dome. Hatyai Ice Dome sangat sejuk okeh? Bayaran masuk siap dengan baju dan glove. Sesiapa yg pakai selipar boleh rent boot berbulu diorang for 100baht. Sejuk dia sejuuuk sesangat. Aku siap bawak glove extra pun x cukup. Pastu muka jadi beku sbb sejuk gila. Disarankan pakai moisturizer ke lotion ke...ke itu sebenarnya yg buatkan muka aku jadi beku? ntahlaah. hahaa.

ice dome fees = 300baht
gambar plus frame = 199baht

pastu lunch kat food centre kat luar ice dome. sodap owh tomyam dia..fuuh. nyamnyam. makan nasi, tomyam, telur, somtam, minum.

lunch = 720baht/6

Lepas tu singgah Songkhla central mosque untuk solat zuhur/asar. Besar masjid ni. Rasa macam kat terengganu je suasana kat sini.



Lepas masjid, pergi Magic Eye Museum. habiskan masa bergambar kat sini. Power bank adalah satu keperluan sepanjang kat sini. memang bateri asyik loow je sbb amek gambar banyak sangat. kitorng siap ada syarat baru - snap satu gambar je. satuuu je. make sure cantik tapi SATU je! heheh

entrance Magic Eye = 400baht

Pukul 4pm depan museum tu ada pasar. Kitorang habis bergambar dlm museum dlm pkul 7pm. So lepastu kitorng habiskan masa kat sini sampai tunggu pukul 10pm untuk ke Phuket. Ada surau so maghrib/isyak terus. Kemudian kami makan, makan, dan makan. Warung halal banyak jangan risau. tapi make sure perhatikan betul2 peniaga and ada tanda halal ke tak. Shopping baju, beg, selipar sini pun banyak. Ala2 uptown kat Malaysia.

Nasi kuning = 45baht 
pulut mangga = 50baht
milo ais = 20baht
baju dalam = 50baht
baju panjang = 100baht

Pasar malam Greenway. Betul2 depan museum trick eye.

Toilet kat Greenway. Hampir semua toilet kat Thailand macam ni. Memang payah sket nak cangkung. Nak duduk plak xleh. Kuman nanti..

Ilusi Magic Eye Museum




Tips:
1. Pakai baju dan seluar tahan sejuk b4 masuk ice dome. jacket dia bagi tak cukup. aku pakai leggings dalam seluar trek aku. Pastu kat night market bukak balik. 
2. Pakai mask berbulu/tebal dalam ice dome. Sejuklaaah! Glove extra pun kasi bawak sbb dia bagi glove tukang kebun je.
3. Bawak bateri extra and power bank kalau korang jenis amek gambar banyak.


Day 3 16022015

Kitorang bajet sampai Phuket dalam kul 5pagi+..Tapi drebar kitorang bawak mcm pelesit, sampai sana dalam pukul 4am. So panik sikitlah..aku pun mintak doa biar drebar 'sesat' sikit. Dengan izin Allah, drebar kami sesat banyak kut....klako tak? Sampai kena upah local hantar ke Eden Hostel. Mula2 org tu mintak upah 300baht. Ngamuk cik adilah. Yelah..dia yang sesat, kita yg kena bayar upah pakcik local tu. So in the end, we settled for upah 100 baht. jadilahh...

Sampai Eden Hostel kul 6am lebih. Dah siang dah..so tak cuak sangat. Nasib baik dapat check-in awal sket. Hostel ni not bad. Tenang aman sentosa. Bilik air asing kat bawah. Time kami datang tak ramai orang so bestlah.. Lepas check-in, tido jap sampai pkul 9 lebih, mandi, terus keluar cari sewa skuter. kitorng pun preng preng area phuket pergi fresh market, lunch kat jalan talang semua. 

Eden Hostel bilik dorm 3 katil double decker (book Agoda) = rm16.50 seorang/ 150baht

Upah sesat + 7 Eleven = 52,50 baht seorang
Sewa skuter = 250baht satu skuter
isi minyak = 100baht (isi 80 cukup je)
beli setem utk hantar poskad = 15baht
lunch = 73baht
air = 15 baht

petang tu cari pakej ke Phiphi-Krabi untuk esoknya. Dapatlah 750baht seorang daripada asal 900baht seorang. kalau korang pandai tawar lagi, boleh je dapat 700baht seorang. 

Pastu preng preng pergi Rang Hills. Kononnya nak tengok sunset, tapi sebab mendung tak nampak. So pulanglah kami memeruskan perjalanan pergi Expo market. Time ni takyah critelah..sesat berapa banyak kali. Tapi akhirnya tiba juga. Parking kat Expo pastu jalan2 sampai jumpa Robinson. Rate tukar duit kat sini rm100 = 870baht. 

fishball = 40baht
pancake + teh tarik = 210baht/6
sosej = 20baht


Teh tarik kat kedai Aroon, Jalan Talang


Nak balik tu pun sesat lagi. Tanya locals, preng preng, ternampak tempat chantek, singgah amek gambo jap. Rupanya dah dekat je dgn hotel kami.

Eden Hostel. Not badlah..


Day 4 17022015

Debaran di pagi hari bila skuter aku takleh nak start. Takut kena bayar memacam. Last2 si owner datang sekali preng je dia dapat startkan. Haiiih..cuak mak nak!. Maka berlepaslah kami ke Ratsada Pier. seploh menet je drive. Mmg Eden Hostel tu dekat je dgn pier. Berbaloi.

Phuket to Phiphi to jeti Krabi = 750 baht seorang
pukul 10.30am sampai Phiphi Island. Lepak sini 3 jam. Ada masjid kat sini.

Ticket Phuket-Phi phi-Krabi

Kecantikan ciptaan Ilahi

Dah sampaii Phiphi!!

Lunch kat sini. Makan nasi goreng



phiphi island cleaning fee = 20 baht
nasi goreng sayur = 90baht
gatorade = 40baht
hony lemon 25 baht
flag patch sulam = 30 baht satu

3.30pm gerak ke Krabi. Pukul 5.30pm+ dah sampai Krabi! Hoyeeaaahh..
Sampai jeti, amek van ke Aonang Backpackers Hostel.

Bagi aku Aonang BP ni x best sangat bg female muslim travelers mcm kitorng sbb asalnya ktorng book satu bilik 6 orang. Tempat tu pun ada dorm co-ed. Maybe sebab check-in lambat sikit, owner tu pergi masukkan 3 org mat saleh dulu. Ada ke patutt..so berpecahlah kitorang. dahla xde sabun or tuala. Kat Eden yg murah separuh harga pun bagi. Yang aku plak, risau kiblat menghadap org depan (x masuk lagi masa tu) mintak tukar katil. Rupanya yg book tu org Malaysia. Heheh.

Lepas checkin, solat, keluar jalan2.

satu malam kat Aonang Backpacker = 300baht 
van dari jeti Krabi ke Aonang Backpackers = 400baht/6
Malam tu makan kat restoran Rohanee = 1470baht/6
coconut shake = 50baht
gatorade + coke = 60baht
tshirt krabi = 150baht
pouch x 4 + cermin =290baht


Ce teka ni apa..
comel kan money exchange dia? rate rm100=870baht

Masjid kat Aonang, Krabi



Tips: 
1. Masa kitorng sampai kat PhiPhi Island, memang panas terik gila. So pakailah sunblock bebanyak. Tempek coolfever kat dahi ke..Dan minum air kosong banyak2.
2. Kalau tak larat bawa beg kat PhiPhi Island, boleh simpan kat memana tempat agent tour untuk 50baht. 
3. Rate tukar duit kat Krabi, rm100 ada yg dapat 870baht, ada yg 885baht kalau jalan depan sikit.
4. Makanan halal memang banyak kat kawasan ni. Jangan risau nanti lapar ke apa..sedap sedap semua..

Day 5 18022015

Esoknya checkout Aonang BP, pergi hotel kedua. Pastu amek pakej abang Ameen. Siapa abng amin? Nantikan kisahnya di blog bilakakiberjalan. hahaha...
Kitorng plan nak pergi emerald pool, hot water fall, tiger cave semua dgn nilai 1800 utk 6 pax. Patutnya nilai 1800 tu utk pergi beberapa tempat. Tapi sebab kekangan masa dapt pergi emerald pool je. so kami rugi besar disitu. Malas nak argue disini.

Pastu lepas emerald pool yg mengambil masa 2jam return drive, terus pergi island hopping. Amek dua pulau je sbb x larat dan masa. Pergi Pado Island yg ada batu femes tgh laut tu..dgn chicken island. Kat Chicken Island kitorng snorkelling sikit tengok ikan nemo.

Van ke emerald pool sahaja (patutnya beberapa tmpat) = 1800baht/6 (agak mahal utk satu tmpat je)
Island hopping = 2000baht/6
muay thai shorts = 200baht
magnet = 100baht

Emerald pool. Gosh...wish I had one of these pools in my backyard!

Blue pool. No swimming


Malam tu, kengkawan aku pergi berurut. tapi aku tak larat, so terus balik hostel dan tido. Oh ye..hostel kedua kami kat krabi namanya i-Krabi hostel. Owner muslim, ada free breakfast. Sebab baru bukak, memang tempat tu ohsem lahh.. Ada aircond. 5-7 minit ke warung deretan kedai halal dan pantai. Walaupun mahal sikit tapi berbaloilah..

i-Krabi hostel bilik katil bertingkat x 3 = rm47 seorang satu malam.


Lobi hostel. Pemilik Muslim

Tersorok sikit kat belakang. Kanan kiri ada hotel jgak..


Malam tu maghrib/Isyak, qada' zuhur & asar, pastu keluar cari makan.

Sotong bakar = 100baht
pancake pisang +telur + nutella = 50baht (sedap gile)
nasi goreng ketam = 50baht


Day 6 19022015

Pagi2 bangun kul 5am. Bertolak ke airport kul 6am. Sampai kul 7am sebab singgah beli nasi and kuih sikit. Drop luggage, breakfast nasi, duduk dalam kapal terbang. Pheeeiww terbang. Sampai pukul 10.30 waktu malaysia. 

Tambang hotel to airport = 600baht/6

Total kos adventure kami kali ni dalam rm1280+/- all in. Kalau tak shopping sangat, bawah daripada tu dapat..so far aku puas hati je. Mana yg lebih kurang tu biasalah...

Bye bye Thailand. Next destination?? Nantikan.. =)