Tuesday, July 14, 2020

Turkey Feb 2018 - Shahmie Travel Review

Review ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi aku sendiri. Takde niat nak jatuhkan sesiapa ke apa. This is what happened, this is what i will write.

(Update: Post ni dah lama aku karang. Tapi baru nak post. So far, aku dah selamat pergi dan balik dari Turki pun. Trip yang okay. Boleh syorkan lah kalau uoll pilih agent ni.)

Preparation:

Exchange Rate 29 Dec 2017 IOI Putrajaya: 1.14 ringgit = 1 lira (tukar RM570 = 500 lira)
Exchange Rate 6 Jan 2018 IOI Putrajaya: 1.13 ringgit = 1 lira (tukar RM226 = 200 lira)

Baju Bundle:
Seluar winter rm10
Bubble jacket rm25
Jumper rm5

Lain-lain:
Inner uniqlo thermal shirt rm59.90
Inner uniqlo thermal pants rm59.90
Gloves rm19.90
Winter shoes Lazada rm49
Winter leggings Lazada rm28
Crampons Lazada rm9.90

Pertukaran Itinerary:

Sepertimana dah bagitau dalam post sebelum, sebab pergi dengan agent, Memang dah agak akan berlaku discrepancies. Belum apa2 lagi.. details itinerary dah lain. Masa kat Matta Fair diorang kata travel from 1-10 February 2018.

Bila dapat flight details jadi 3-12 February 2018 plak. Tak ke lain tu. Aku dah planning baik punya cuti supaya Isnin boleh terus masuk kerja. Diorang boleh ubah plak gitu. Alasan kata Mahan Air re-schedule. Sorry, tak percaya. Sebab bila check sendiri ada je flight pada 1 Februari 2018 tu.

Kad kuning pertama: Tukar tarikh tanpa menghubungi customer directly. Bila suruh bayar gigih pula boleh call.

Addition Cost for Single Room Traveller:

Ok. Kalau ingat post pertama aku, benda ni jadi isu sikit masa sesi consultation. Sebab lepas bayar deposit baru diberitahu kena tambah maximum RM500 kalau pergi seorang. Memang patut pun gaduh-gaduh manja dengan wakil agent hari tu.

Nak jadikan cerita, 8 Januari 2018 tiba-tiba sales division call. Kata aku kena tambah lagi. Tambah berapa tau.. RM900! Time tu dah menggeletar dah. Sebab marah dan terkejut. Dahlah flight itinerary tukar suka hati tanpa inform awal, tetibe kena tambah RM900 tanpa pemberitahuan sama ada lisan atau bertulis semasa sesi consultation awal. Time ni memang berusaha kawal marah.

Last2 dia check balik kata still kena tambah. Tapi jadi RM500 lepas aku cerita what happened back then at Matta Fair. RM500 pun still banyak wehh! Tapi at least aku dah prepare mentally. Kalau kena RM900 memang aku fail surat ke tribunal.

Kad kuning kedua: Dari awal wakil agent kat Matta Fair tu nampak aku datang seorang okay... Lepas aku dah bayar deposit BARU dia inform pasal addition payment untuk single room. Kenapa macam tu? Bagi aku, ni ada ciri-ciri penipuan kecil. Sebab tak inform dari awal semasa sesi perbincangan. Masa consult kata bayaran lain, hari lain kata bayaran lagi tinggi pula. Takde transparency langsung. Lepas aku bagi deposit kau baru bagitau like.. wtfff. Jujur jelah dari awal bro..


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.