Sunday, October 24, 2021

Watsons Charcoal Peel Off Mask

Review:

Beli ni kat Watsons ioi Putrajaya. Terjumpa dekat kawasan mask. Sebenarnya nak cari mask muka sebab rasa macam dah lama tak buat facial routine. 

Jumpa yang ni pun dah stok terakhir. Tersorok sikit sebelah mask dan Biore pore packs. Nampak menarik so beli jelah tanpa tengok harga. Rupanya harga boleh tahan.. Dalam rm23+ gitu. Padan muka. Ingatkan bawah rm15. 

Pakai pukul 8.05pm. Dalam 5 minit lebih dah kering dah. Tapi sengaja pakai lama sikit. Sapu lapisan sederhana nipis dekat dahi dengan kawasan-T (hidung). Pastikan muka dah dibersihkan dan kering. 

Kena sapu laju² sebab cepat kering. Kalau ada spatula mini untuk muka lebih baik. Aku pakai cotton bud jadinya messy sikit. 

Ni gambar lepas dah kering. Banyak juga dapat tarik. Sakit sikit je sebab sapu nipis. 





Secara keseluruhan, product ni best. Wangi. Pakai seminggu sekali boleh tarik blackheads yang menempel kat T zone dan U zone tu. 



Tuesday, July 14, 2020

KL Tower Groupon Lunch

(Update: Post ni aku draf Dec 2016. Julai 2020 baru nak publish. Hahah..So please check back on the details.)


Tarikan utama di Kl Tower: Blue Coral Aquarium, Farm in the City, Observation Deck, 360° Revolving Restaurant.

How to get there by public transport: Turun di stsn. monorail Bukit Nanas. Turn right from the stairs (tak perlu melintas) and walk straight on till you reach a 4-way traffic light junction.
Along the way you'll pass Hard Rock Cafe (on your left), and Shangri La Hotel (on your right). Turn right at the intersection.
Walk straight on till you reach another junction. You'll know by the bunting gergasi they put up there.
Jalan straight sampai nampak gate masuk Kl Tower. No need to look for a taxi. Ada shuttle free bawah tu. Naik je.

Turkey Feb 2018 - Shahmie Travel Review

Review ini adalah pandangan dan pengalaman peribadi aku sendiri. Takde niat nak jatuhkan sesiapa ke apa. This is what happened, this is what i will write.

(Update: Post ni dah lama aku karang. Tapi baru nak post. So far, aku dah selamat pergi dan balik dari Turki pun. Trip yang okay. Boleh syorkan lah kalau uoll pilih agent ni.)

Preparation:

Exchange Rate 29 Dec 2017 IOI Putrajaya: 1.14 ringgit = 1 lira (tukar RM570 = 500 lira)
Exchange Rate 6 Jan 2018 IOI Putrajaya: 1.13 ringgit = 1 lira (tukar RM226 = 200 lira)

Baju Bundle:
Seluar winter rm10
Bubble jacket rm25
Jumper rm5

Lain-lain:
Inner uniqlo thermal shirt rm59.90
Inner uniqlo thermal pants rm59.90
Gloves rm19.90
Winter shoes Lazada rm49
Winter leggings Lazada rm28
Crampons Lazada rm9.90

Pertukaran Itinerary:

Sepertimana dah bagitau dalam post sebelum, sebab pergi dengan agent, Memang dah agak akan berlaku discrepancies. Belum apa2 lagi.. details itinerary dah lain. Masa kat Matta Fair diorang kata travel from 1-10 February 2018.

Bila dapat flight details jadi 3-12 February 2018 plak. Tak ke lain tu. Aku dah planning baik punya cuti supaya Isnin boleh terus masuk kerja. Diorang boleh ubah plak gitu. Alasan kata Mahan Air re-schedule. Sorry, tak percaya. Sebab bila check sendiri ada je flight pada 1 Februari 2018 tu.

Kad kuning pertama: Tukar tarikh tanpa menghubungi customer directly. Bila suruh bayar gigih pula boleh call.

Addition Cost for Single Room Traveller:

Ok. Kalau ingat post pertama aku, benda ni jadi isu sikit masa sesi consultation. Sebab lepas bayar deposit baru diberitahu kena tambah maximum RM500 kalau pergi seorang. Memang patut pun gaduh-gaduh manja dengan wakil agent hari tu.

Nak jadikan cerita, 8 Januari 2018 tiba-tiba sales division call. Kata aku kena tambah lagi. Tambah berapa tau.. RM900! Time tu dah menggeletar dah. Sebab marah dan terkejut. Dahlah flight itinerary tukar suka hati tanpa inform awal, tetibe kena tambah RM900 tanpa pemberitahuan sama ada lisan atau bertulis semasa sesi consultation awal. Time ni memang berusaha kawal marah.

Last2 dia check balik kata still kena tambah. Tapi jadi RM500 lepas aku cerita what happened back then at Matta Fair. RM500 pun still banyak wehh! Tapi at least aku dah prepare mentally. Kalau kena RM900 memang aku fail surat ke tribunal.

Kad kuning kedua: Dari awal wakil agent kat Matta Fair tu nampak aku datang seorang okay... Lepas aku dah bayar deposit BARU dia inform pasal addition payment untuk single room. Kenapa macam tu? Bagi aku, ni ada ciri-ciri penipuan kecil. Sebab tak inform dari awal semasa sesi perbincangan. Masa consult kata bayaran lain, hari lain kata bayaran lagi tinggi pula. Takde transparency langsung. Lepas aku bagi deposit kau baru bagitau like.. wtfff. Jujur jelah dari awal bro..


Monday, December 30, 2019

Insolent

So actually, it's nothing to do with fear of Islamisation, but instead you are just unwilling to open up to Malay culture, right? 

Will it actually kill you to get to know the history of Malay writing? Jawi is not a language nor a religion. 

Your people take advantage of us by using Jawi on your products but refuse to acknowledge it as part of the history of Malaysia. It's on the Coat of Arms, banknotes and stamps for effin lawwd! 

Our ancestors back then sacrificed our Jawi writing so as to welcome your ancestors to this land. Yet, you even have the nerve to call us ignorant. 

Wow. Talk about arrogant and kiasu on a whole new level. Thank you for your comment though. It's given me a new insight on how you guys think and feel about us.

#teampermaisuriagung





Sunday, March 17, 2019

Klagan Hotel, K.Kinabalu



Location hotel ni belakang sikit dari laut. Belakang Centre Point.


Yang OK:
Basic necessities - shower gel, shampoo, toothbrush, sanitary bag, shower cap
Ada laundry bag jenis non-woven
Lighting terang. Banyak lampu.
Ada iron ada iron board, sejadah, arah kiblat, new testament bible.
Ada hairdryer.
Shower sangat senang nak tukar dari kecik ke besar. Just push the button at the side.
Ada 2 jenis tap, so nak control temperature shower pun senang.

Tak OK:

Hotel jenis lama sikit, so switch aircond dia oldschool.

Neutral:

Lantai jenis karpet.
Pintu toilet jenis sliding door.
Pencil and memo pad
No bathrobe


Shh don't tell anyone 🤫 I'm using BigPay and it's amazing!

When you travel, you only pay the actual exchange rate (same or better than XE). Plus, you save money on AirAsia flights and earn BIG Points.

Sign up now - it's completely free. Use my referral code and we'll both get RM10 when you sign up!

My referral code:

TBBDLJXIYR

http://bigpay.link/referrals

Summit Hotel, KL


Summit Hotel.

Nama lama Quality Hotel. 

Berdekatan Pertama Complex dan MARA.

Bilik 1208 - Double Queen Bedroom.
Cadar dan pillow case kotor. Tak ditukar ganti oleh housekeeping. Memang ada tips pun kalau orang sebelum nak make sure cadar ditukar, kena cabut terus letak lantai. Pastu basahkan.. Ntahle..

Ada hairdryer, sejadah, iron, iron board, towels, coffee set, bath tub, laundry bag.
Bilik berdebu. Asyik bersin je. Perlu di vacuum dengan kerap. Aircond slow.
No bedroom slippers. Swimming pool is gerddam dirty. Lantai toilet bocor.
Signal TV sangat clear.
Receptionist sangat mesra. Lobi takde aircond.

Hotel needs upgrading. Pronto. Dah tukar nama, patut tukar necessities lain sekali.


Shh don't tell anyone 🤫 I'm using BigPay and it's amazing!

When you travel, you only pay the actual exchange rate (same or better than XE). Plus, you save money on AirAsia flights and earn BIG Points.

Sign up now - it's completely free. Use my referral code and we'll both get RM10 when you sign up!

My referral code:
TBBDLJXIYR


Matta Fair 2019

Benefits Matta Fair:

Untuk yg pilih tour package = Bayar dan travel. Tak perlu fikir langsung tentang itinerari, hotel, flight tickets, makan, transportation. Agen akan uruskan dari mula sampai habis. Sebab tu harga lebih mahal berbanding pergi sendiri. Tapi.. Harga pakej semasa matta fair kadang2 jauh lebih murah berbanding harga biasa. Contohnya, ada company bagi rebate sampai rm500. Ada company bagi free insurance fees. Ada company bagi half price hot air balloon fees. Kalau dah confirm, kena deposit at least rm100 pada hari tersebut. Yang penting, hulurkan saja uangnyaa..

Untuk backpackers = Syurga itinerary. Kalau nak travel sendiri, kenalah tau nak ke mana. So time nilah kita akan dapat segala input yang diperlukan tanpa perlu Google. Boleh tanya directly from tourist guides bertauliah dan berpengalaman. Kalau dah aim nak ke mana, pergi setiap company, minta diorng explain itinerary negara yg korang nak pergi. Tanya bila musim terbaik, berapa jarak dari A ke B, makan kat mana best, attraction apa menarik.

Lagi satu.. Kalau dah tau nak ke mana, boleh dapat tiket flight murah kalau beli time Matta fair. Sebab tu ada sesetengah orang datang matta fair semata-mata nak beli tiket je.

Kalau tak nak tanya kat tour agent.. Time ni juga, ada negara yang akan buka booth under kementerian pelancongan masing2. Contoh Korea, Japan, Turkey, Taiwan. So boleh tanya direct dgn wakil diorang. Menarik jugalah. Dapat freebies, dapat peta, dapat input halal restaurant.. dan dapat berangan destinasi travel seterusnya.

Tips Matta Fair:
Bawak air dan makanan. Mahal kalau beli kat pwtc.
Nak masuk bayar Rm4 seorang. Kalau enrich members Rm3 seorang.
Bawak notebook dan pen nak catit nama company, nama booth, harga pakej.
Dah ada hala tuju sama ada nak pergi Domestic Hall atau International Hall.
Jgn lupa singgah booth Kementerian pelancongan negara yang join nak dapatkan freebies best.
Next matta fair bulan September. Hahha =D

Asia Favorite Destination 2019 = Taiwan
Malaysia Favorite Theme Park = Legoland & Desaru Coast

~~ . ~~  ~~
Shh don't tell anyone 🤫 I'm using BigPay and it's amazing!

When you travel, you only pay the actual exchange rate (same or better than XE). Plus, you save money on AirAsia flights and earn BIG Points.

Sign up now - it's completely free. Use my referral code and we'll both get RM10 when you sign up!

My referral code:
TBBDLJXIYR